Pages

Friday, 28 September 2012

Kronologi protes filem Innocence of Muslims


Kronologi insiden protes filem Innocence of Muslims
 
1 – 2 Julai 2012
Seorang pengguna YouTube yang menggunakan nama ‘Sam Bacile’ memuat naik treler filem yang mengandungi klip filem menghina Nabi Muhammad SAW.

4 September 2012
Treler filem terbabit telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan dimuat naik semula ke YouTube.

5 September 2012
Mor¬ris Sadek, seorang yang berbangsa Mesir-Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) mempromosikan video berkenaan menerusi Twitter dan blognya bersempena  Hari Penghakiman Muhammad Antarabangsa, yang dihoskan oleh seorang paderi Florida, Terry Jones dan dijadualkan sempena 11 September.

8 September 2012
Ahli agama Mesir dari saluran TV Al-Nas menyiarkan video itu dan mengutuknya.

9-10 September 2012
Sadek terus menerus mempromosikan video itu di Twitter. Pakar berkata, ekstremis Libya merancang untuk mengadakan protes sempena 11 September yang tidak ada kaitan dengan video berkenaan.  

11 September 2012
Empat warga AS termasuk seorang duta terbunuh apabila anggota militan menyerang dan membakar Konsulat AS di Benghazi, Libya. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat dinding Kedutaan AS di Kaherah dan menurunkan bendera Amerika.

14 September 2012
Menurut laporan agensi berita rasmi Lubnan, seorang terbunuh di Tripoli manakala ramai yang lain cedera semasa protes terhadap filem itu. Mereka yang tercedera termasuk anggota pasukan keselamatan Lubnan.

17 September 2012
Pemimpin Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah, muncul di perhimpunan besar-besaran di Lubnan mengecam AS dan memberi amaran sesiapa yang tidak menghormati Islam, akan menempah maut sebagai balasan.

18 September 2012
Pendakwa raya Mesir merujuk tujuh Kristian Mesir yang tinggal di AS dan Florida – termasuk paderi, Terry Jones ke mahkamah atas tuduhan menyinggung penganut Islam melalui penerbitan filem anti-Islam yang telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

19 September 2012
Sekumpulan peguam Pakistan berarak melalui pintu gerbang dengan membawa sepanduk di Islamabad yang menempatkan Kedutaan AS dan kedutaan asing lain. Seorang peguam kemudiannya bertindak membakar bendera AS dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi pihak polis berjaya menyekat penunjuk perasaan dari berarak di perkarangan kedutaan. Sehubungan itu, Kerajaan Pakistan mengumumkan Jumaat lalu sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam.

21 September 2012
Protes dan perhimpunan besar-besaran di banyak negara termasuk di Malaysia.

25 September 2012
Seorang aktres filem ini memfailkan semula kes di mahkamah persekutuan; kes terhadap penerbit filem dan juga Google dan YouTube.

Saturday, 22 September 2012

Islamist Democrats mengelirukan


Islamist Democrats mengelirukan ...

Oleh: Ahmad Mouhyideen bin Hasyim.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan kedaulatan agama sentiasa berusaha untuk menerangkan Islam kepada semua lapisan dan golongan masyarakat sama ada muslim atau non muslim. Mengemukakan matlamat yang jelas dan prinsip yang tegas adalah keperibadian PAS yang berlandaskan ajaran Quran dan Sunnah serta perjalanan dakwah Nabi S.A.W.

                Pun begitu, timbul satu golongan baru dalam PAS yang menggelarkan dirinya sebagaiIslamist Democrats yang agak liberal dalam pemikirannya. Artikel ini akan cuba melihat dan mengkaji istilah dan pemikiran golongan tersebut guna untuk menilai sejauh mana ia bertepatan dengan aspirasi PAS untuk memperjuangkan Islam.

Istilah Islamist Democrats:

Bagi memahami apa kehendak sebenar golongan ini dengan istilah tersebut, mereka telah menerangkan bahawa Islamist adalah kata sifat (adjective) dan Demokrat adalah kata nama (mausuf / noun). Oleh itu, ia boleh diterjemahkan sebagai 'pejuang demokrasi yang Islamik'.

Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS. GolonganIslamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam.  

Islamist Democrats pengaruh Barat:

Penganalisis Barat selalu menggunakan pelbagai istilah dan label untuk mengklasifikasikan Islam dan pejuangnya seperti Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Progresif, Islam Ortodoks, Islam Protestan, fundemantalist, reformist, Post Islamism dan lain-lain. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam dan pejuangnya mempunyai pelbagai versi. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-merendah dan memburuk-burukkan persepsi orang ramai terhadap kumpulan Islam. Sebagai contoh, pejuang Islam dilabel sebagai golongan fundemantalist untuk menggambarkan mereka sebagai golongan yang kuno, tegar agama dan tidak ada kompromi.

                Perlabelan Islamist Democrats hakikatnya adalah menggunakan method yang sama yang digunakan oleh penganalisis Barat. Islamist Democrats sebagaimana yang diterangkan sebelum ini adalah untuk membezakan diri mereka daripada golongan Islamist. Ia tidak lain untuk menggambarkan bahawa mereka lebih pandai berpolitik, menyuarakan mesej dengan bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat awam dan melalui cara yang lebih lunak.

Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Pertama;mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan keduanya; mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya. Justeru, perlabelan Islamist Democrats secara mafhum yang berlawanan dengannya membawa maksud golongan Islamist adalah golongan yang terlalu memaksa orang lain untuk menerima pendapat mereka, agak kuno daripada sudut pendekatan dan tidak pandai berpolitik.

Method perlabelan ini tidak seharusnya berlaku dalam gerakan Islam. Ia sangat mengelirukan orang ramai. Ia adalah untuk membina persepsi yang buruk kepada golongan Islam yang mereka gelar sebagai Islamist. Budaya perlabelan seperti ini adalah budaya Barat yang perlu ditolak.

Perbezaan Perjuangan PAS dengan golongan Islamist Democrats:

Daripada istilah Islamist Democrats yang membawa maksud pejuang demokrasi yang Islamik,kita dapat fahami bahawa asas perjuangan golongan ini adalah demokrasi dan Islam hanyalah sifat kepada perjuangan tersebut. Penekanannya adalah kepada demokrasi sementara Islam hanya untuk memperincikan lagi ciri demokrasi tersebut. Dari sudut ini, golongan ini telah membuat kesilapan yang sangat besar. Secara tidak sengaja, ia telah menukar penekanan daripada perjuangan Islam kepada perjuangan demokrasi. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri Islamik menjadi hanya salah satu ciri sahaja kepada Pejuang Demokrasi.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ia bertepatan dengan kehendak Islam dan ajarannya yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS memperjuangkan demokrasi atau memperjuangkan Islam? Pasti jawapannya adalah memperjuangkan Islam kerana dalam perlembagaan PAS jelas menyatakan demikian.

Ia adalah perjuangan yang menjadi mata rantai perjuangan para Anbiya'. Fathi Yakan berkata: "Apabila saya mengaku sebagai muslim maka saya wajib bekerja untuk Islam ... Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam." (Apa Ertinya Saya Menganut Islam, 2000).

 Adapun demokrasi hanyalah wasilah yang digunakan oleh PAS untuk menegakkan Islam. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang: " PAS mengemukakan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).

                Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya adalah daripada kalangan orang yang meminta demokrasi dengan sifatnya sebagai wasilah yang memudahkan dan terkawal untuk mencapai tujuan kita dalam kehidupan yang mulia ini yang mana kita mampu di dalamnya menyeru kepada Allah dan kepada Islam ..." (Min Fiqhi Ad-Daulah, 1997).

                Justeru, perjuangan golongan Islamist Democrats bercanggah dengan perjuangan PAS dan gerakan Islam yang lain. Perjuangan mereka tidak boleh diterima kerana asas perjuangan mereka adalah demokrasi, bukannya Islam.

Perjuangan Islamist Democrats berbentuk cebisan, tidak menyeluruh:

Golongan Islamist Democrats menyatakan bahawa mereka hanya mahu memainkan peranan dalam proses tadbir urus berdemokrasi dan tidak akan memaksakan pendirian mereka ke atas sesiapa sama ada yang bersifat politik mahupun agama. Kenyataan mereka ini adalah sesuai dengan perkataan 'demokrasi' yang memberikan kebebasan memilih tanpa paksaan terhadap seseorang.   

Kenyataan ini sebenarnya menyerlahkan lagi pendirian dan perjuangan mereka terhadap demokrasi dan bukannya Islam yang menyeluruh. Islam sifatnya syumul dan menyeluruh. Dalamnya terdapat perkara yang berkaitan toharah, solat, puasa, menunaikan zakat, haji, ekonomi, undang-undang jenayah sehinggalah urusan negara dan pentadbiran. 

Imam Hasan Al-Banna berkata: "Islam adalah sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Ia adalah akhlak dan kekuataan atau rahmat dan keadilan. Ia adalah thaqafah dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman …." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).

Mohd Abdullah al-Khatib dan Mohd Abdullah al-Halim menulis: "Imam Al-Banna dalam pemikirannya dalam perkara ini ketika menulis Risalah at-Ta'lim memulakannya dengan rukun Faham. Ini adalah kerana bekerja untuk Islam dan berkumpul sekitarnya tidak mungkin sebelum memahaminya. Beliau sangat mengambil berat agar kefahaman Ikhwan adalah kefahaman Islam yang sebenar, tidak meninggalkan salah satu aspek daripada aspek-aspek Islam." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).

Memperjuangkan hanya proses tadbir urus yang berdemokrasi hanyalah cebisan dan satu aspek daripada apa yang terkandung daripada Islam dan bertentangan dengan contoh tauladan perjuangan Junjungan Nabi S.A.W.

Justeru, tidak peliklah mereka mengelak daripada memperjuangkan dasar PAS yang amat jelas dan syumul. Mereka menggesa agar PAS tidak menimbulkan isu Hudud kerana perbincangan dan perdebatan isu ini pada pandangan mereka membawa kesan yang negatif.

                Ia berbeza dengan pendirian PAS melalui Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang tegas dengan prinsip dan dasarnya dalam isu Hudud. Beliau berkata:"PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka ... PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).

Islamist Democratic Sedunia?

                Golongan ini selalu mendakwa bahawa Islamist Demokratic yang tidak membicarakan tentang doktrin Negara Islam dan undang-undangnya adalah sejajar dengan perubahan pendekatan oleh pejuang dan gerakan Islam seluruh dunia sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah melalui Arab Spring. Ia lebih dikenali sebagai Post Islamism oleh Barat.

                Dakwaan ini jika diperhatikan tidak ada asasnya.  Dr. Mursi sebelum menjadi Presiden Mesir ketika menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Parti al-Hurriyyah wal Adalahsempena muktamarnya yang pertama berkata: "Parti ini lahir daripada rahim Ikhwan Muslimin dan natijah daripada perjuangan Ikhwan yang panjang tetapi ia adalah terpisah daripada sudut pentadbiran dan kewangan. Ia adalah parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan bersumberkan Islam." Beliau menyebut bahawa syiar parti yang pertama adalah Mesir dan ia adalah tujuan kita yang pertama yang akan kita bergerak daripadanya kepada daulah Islamiyyah (Negara Islam). Agama rasmi Mesir ialah Islam dan ia adalah sumber perundangan.  (Al-Yaum as-Sabi', 23 Julai 2011).

                Jelas bahawa Dr. Mursi tanpa berselindung menegaskan prinsip partinya untuk menegakkan Negara Islam dan Islam adalah sumber perundangan. Walaupun beliau tegas dalam kenyataan tersebut, beliau tetap menang dalam pilihanraya Presiden yang pertama selepas kejatuhan Husni Mubarak.

                Dr. Muhammad Badi', Al-Mursyidul al-Am bagi Ikhwan Muslimun pula menyeru agar para Ulamak dan Khatib menerangkan tentang kebaikan Hudud dan Syariat Islam dengan berkata: Sekiranya para Ulamak dan Khatib berjaya menzahirkan kebenaran dan apa yang terdapat dalam Syariat Islam yang membawa kerahmatan, kebaikan yang banyak kepada manusia dan kebahagiaan di dunia serta akhirat maka masyarakat sendiri akan ingin melaksanakan Syariat Islam. Mereka akan mempertahankannya dengan penuh kekuatan dan keazaman." (ikhwanonline.com, 31 Mei 2012).


(Penulis adalah Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat merangkap ahli Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat).

SembangSaja: P/S- Siapa dia kelompok demokrats ini dalam PAS ?...
Jawapannya- Antaranya  YB Husam, Dr Hatta, Dr Zulkifli, YB Khalid Samad, Dr Mujahid..dan ramai lagi geng-geng mereka....

Friday, 21 September 2012

Saham FGVH-Impian Peneroka?

Sifir mudah. Kalau naik untung. Kalau turun rugi. 

Wednesday, 19 September 2012

BANTAH Filem Innocence of Muslims




Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube. 

Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.
Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’(penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Times of Israel" melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.

"Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan," kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.


Thursday, 13 September 2012

Himpunan Bantah Filem Hina Nabi


Ayuh, kita semua join himpunan bantah filem hina Nabi..di seluruh negara, selepas solat jumaat sekejap lagi. Tak kira parti apa, kaum ape...Nie hina Nabi nie..asal Islam kita ada tanggungjawab tersebut. 

Kalau di Libya..habis mati duta Amerika kena bunuh...kita takde lah camtu...

So! ambil bahagian ye... 

Kebetulan juga..hari ini ramai juga agensi yang buat jamuan 'open house' sempena aidil fitri.. nak pergi..pegi dulu himpunan ni..on the way balik..boleh singgah minum-minum...

Tengok gambar  sahabat kita nie..seronok sangat bile pi jamuan raya...




Sharifah Khasif hebat Berfesyen Sehebat taranumnya



Lawan Arus, tajuk yang diberikan oleh Akhbar Kosmo ketika mewancaranya suatu ketika dahulu. Katanya sendiri : "Bagi saya, biarlah melawan arus, daripada melawan akidah. Tentang pilihan berpakaian atau berfesyen, tepuk dada tanya selera. Apa yang penting ialah keikhlasan. Tuhan saja yang tahu keikhlasan kita,"

Sharifah Khasif  yang berdarah kacukan Melayu-Yaman pernah menjadi johan  qariah peringkat antarabangsa. Namun bezanya dengan qariah-qariah yang terdahulu, dia tampil bergaya, jauh daripada imej seorang ustazah.

Kini, beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinannya, kita doakan berbahagia selamanya.









PS : Kehebatan mengajinya boleh kita tiru...kehebatan berfesyennya ? Nak ikut juga ke?...

Tuesday, 11 September 2012

Bukti Keikhlasan Datin Sri Rosmah..Kau ada?

Tak pe dik, boleh je salam dengan Nenek ni. Nak peluk pun boleh..
Tengok macam Lee Chong wei.. selamba peluk je
Bukannya ape, Rosmah ada nilai kasih sayang yang sangat tinggi..jadi perbuatannya tak lebih dari nak tunjukkan kasih sayangnya..bukannya sebab nafsu..sebab itu dulu dia pernah  cium dengan Salman Khan..

  
Yang paling cool, PM la..dia faham isterinya..bukan buat apa pun...sebab tu dia tak jeles..

Monday, 10 September 2012

Julia Perez & Hayya 'alal Falah

Julia Perez seorang penyanyi dangdut seksi Indonesia membuat penampilan baru. Bagi dia mungkin sangat baik. Dia telah membuat tatu yang bertuliskan perkataan 'hayya 'alal falah' di badannya. Lepas ni mungkin dia nak buat tatu tulis kalimah syahadah pula di pipinya....agaknya la kut..

kredit gambar :  BlogSerius.

Sunday, 9 September 2012

Us Nasa Kekal dalam Majlis Syura


  • Presiden PAS: Nasha kekal dalam majlis syura
  • Abdul Rahim Sabri | 11:30PM Sep 9 2012
  • Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bekas timbalannya, Nasharuddin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

    Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam, lewat malam malam ini.

    Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

    Ditanya sama ada Nasharuddin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

    "Majlis Syurat meluluskan senarai calon yang akan bertanding dan terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.
    Nasharuddin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi namun enggan memberi sebarang ulasan.