Semua pihak sibuk berbunyi lepas program Multaqa Ulamak di Kedah baru ni. Akhbar ni sampai tersasul-sasul..TAHALUL Jadinya..ambik kau..mujur tak jadi tahayul...
Pages
▼
Monday, 16 September 2013
Chin Peng meninggal Dunia
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.Laporan media Thailand hari ini menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau diburu pihak berkuasa Malaysia susulan pemberontakan PKM yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terbunuh.Pemburuan itu berakhir pada 1989 selepas perjanjian damai ditandatangani pada 1989.
Namun begitu, sesetengah pengkaji sejarah berpendapat Chin Peng wajar ditempatkan dalam sejarah kerana mengetuai pasukan komunis untuk menentang pencerobohan Jepun dan penjajahan British.
Susulan perjanjian damai itu, Chin Peng hidup dalam buangan di Selatan Thailand. Cubaannya untuk meyakinkan mahkamah Malaysia untuk membenarkan beliau pulang ke negara ini tidak berhasil.
Chin Peng mula mendapat perhatian apabila mengetuai pasukan gerila untuk menentang tentera Jepun melalui pasukan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA).
Beliau membantu British dalam kempen tersebut dan mendapat anugerah dari kerajaan British.
Anugerah berkenaan kemudiannya ditarik balik apabila PKM bawah pimpinan Chin Peng mensasarkan tentera British yang kembali ke Malaya selepas Jepun menyerah diri.
Perintah darurat kemudiannya diumumkan pada 16 Jun 1948 selepas PKM menyerang dan membunuh tiga pengurus ladang British, dan parti tersebut seterusnya diharamkan sebulan kemudian.
Pertentangan di antara PKM dan British berterusan sehingga 1960 apabila perintah darurat ditarik balik dan Chin Peng serta pengikutnya kemudian melarikan diri ke Selatan Thailand.
PKM meletak senjata pada 1989. Satu perkara yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan adalah untuk membenarkan anggota PKM kembali ke Malaysia.
Susulan itu, beberapa pemimpin PKM seperti Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang namun ramai lagi termasuk Rashid Maidin dan Abdullah CD, serta Chin Peng sendiri, tidak dibenarkan pulang.
Pengerusi DAP Karpal Singh pada awal bulan ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air.
Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Tan Sri Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.
Gesaan itu bagaimanapun dibantah keras oleh NGO PERKASA berpendapat bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas keganasan yang dijalankan sebelum ini.

Sunday, 8 September 2013
Wednesday, 4 September 2013
KUZA pakai tudung
Pelakon Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani telah pun memakai tudung sepenuhnya pada usia 40 tahun. Penghijrahan ini berlaku sejak hari pertama bulan Ramadhan yang lalu.
Kata Kuza kepada portal Murai:-
Saya mula berhijab ketika masuk bulan Ramadhan yang lepas. Niat saya tiada lain hanya kerana Allah SWT kerana bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan tuntutan agama ini.Saya tak mahu ada yang ingat kerana fesyen dan trend sekarang sebab saya berhijrah. Sudah lama saya memasang niat, cuma mencari kekuatan diri dan cukup bersedia dan InsyaAllahsaya akan kekal dengan imej begini.Lagipun umur saya sudah memasuki 40 tahun. Sesuai kiranya saya mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sampai saat ini Allah mempermudahkan urusan saya seharian dan tenang menjalani kehidupan dalam imej baru ini.Saya mulakan dulu dengan melengkapkan solat lima waktu sebagai penguat saya untuk berhijrah. Syukurlah, tiada rasa macam cemburu tengok orang lain dengan pelbagai fesyen rambut. Saya sangat selesa dengan tudung yang saya pakai.