Thursday 30 May 2013

Orang yang cetus rusuhan di stadium pahang




Stadium Pahang lepas perlawanan antara Johor dan Pahang

Keadaan Stadium Darul Makmur, selepas perhimpunan tak aman antara Pahang & Johor. Bapak la banyaknya sampah sarap. Dah la tak aman, tak jaga kebersihan..jauh lebih teruk dari perhimpunan anjuran PR...kesian kepada cleaner... 





Penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang perkahwinan barunya..




Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Perkahwinan Ketiganya

Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.
Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.
Malah ada yang melontarkan pelbagai ‘persoalan’ berhubung tindakannya itu.
Soalan Peminat Yang Bengang Ustaz Azhar Kahwin 3-2

Dan sekarang ini tengah ‘viral’ dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.
Ini jawapan beliau;
294789_378450212263516_1733889541_n


Wednesday 29 May 2013

Izzue Islam akan berkahwin 2 Jun


Izzue Islam dan pengurusnya, Awin Nurin bakal bergelar suami isteri pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 2 Jun 2013. Ramai pihak yang terkejut terutamanya wanita-wanita yang ada menaruh harapan dengan Izzue..
gambar kahwin izzue islam
 Kata Izzue Islam:-
Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue. Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis.
izzue islam Kata Izzue Islam lagi:-
Dia adalah diri dia. Dia tegas dalam bekerja. Dia pengurus Izzue, jadi kalau lambat bangun ke apa ke memang kena. Dia ada pendirian, seorang yang berdisiplin, peramah, sopan. Dia…macam-macamlah. Pahit, manis, pedas, masam, masin, kenyang, lapar, susah, senang, jatuh, bangun…semua kami sudah rasa. Dia yang selalu beri Izzue semangat selain daripada ibu bapa dan kawan-kawan Izzue. Izzue yakin, Izzue tidak salah pilih orang untuk dijadikan teman hidup. Susah senang Izzue dia memang ada bersama Izzue.

Tugas Pertama Zahid Hamidi & Ketua Polis Negara


Tugas pertama Zahid, KPN baru tangkap

Oleh : Subky Latif

SEORANG menteri baru dan mana-mana pemegang jawatan baru diperhatikan akan tindakan pertamanya mengambil jawatan.

Tunku Abdul Rahman Putra semasa menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu tahun 1955 tindakan pertamanya memperkenalkan undang-undang pengayuh basikal tidak boleh berpayung.

Tindakan  pertama Dr. Mahathir mula jadi Perdana Menteri membebaskan tahanan ISA yang ditangkap Tun Hussein Onn seperti Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas. Lama kemudian baru dia tangkap orang. Ramai!

Tun Abdullah Badawi pula tindakan pertamanya jadi  Menteri Dalam Negeri, menyekat Harakah dari dua kali seminggu kepada  dua kali sebulan.

Kerja pertama Datuk Najib jadi Perdana Menteri, membenarkan semula Harakah terbit dua kali seminggu. Dia tidak kisah juallah Harakah di mana-mana dan kepada sesiapa.

Mari Zahid Hamidi jadi Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polisnya yang baru, langkah sulung kedua-duanya tangkap pembangkang dan rampas Harakah, KeADILan dan Roket.

Sama ada kedua-duanya berpakat atau  tidak, tetapi mereka memulakan kerja dengan menangkap orang yang pada mereka ada salahnya. Empat tahun Najib jadi Perdana Menteri dengan dua KPN, Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ismail Omar, tidak  dipedulikannya kepada siapa Harakah dijual dan  diedar. Tak perasan dia ada menangkap pembangkang.

Tak sampai sepuluh hari Zahid jadi Menteri Dalam Negeri, kurang  seminggu dia ada  KPN baru, ditangkapnya tiga aktivis pembangkang termasuk Tamrin  Ghafar dan Tian Chua atas nama undang-undang. Ketika sama mereka rampas Harakah dll kerana langgar undang-undang.

Begitu banyak jenayah dan pelanggaran undang-undang yang menyebabkan kematian, hilang harta benda, melari anak dan membuang anak, mengedar dadah dll, yang mereka dulukan menyerbu Harakah dari pengedarnya. Benda-benda yang lebih besar tidak didulukan, penjualan  Harakah secara terbuka yang  diutamakan.

Ditanya Zahid tentang kejadian itu, katanya dia tidak tahu kerana ia tindakan polis. Sama ada polis maklumkan tindakan mendulukan benda yang boleh dikemudiankan, tindakan polis itu dilihat mencerminkan dasar dan sikapnya. Tanggungjawab dan akauntibiliti tetap kepadanya.

Polis ada kuasa tangkap sesiapa; sindiket dadah, tipu dll tetapi polis tentu maklumkan kepada menteri terhadap tindakan yang melibatkan politik. Silap polis tangkap perompak dan penyamun tidak banyak melibatkan sikap menteri, tetapi tindakan tepat menangkap orang politik tetap menyentuh kebijaksanaan menteri.

Jika tangkapan ke atas Tamrin dan Tian Chua itu menyebabkan kerajaan dan menteri boleh dicerca, maka menterilah yang lebih banyak dicerca. Dr. Mahathir boleh salahkan Tan Sri Rahim  Nor kerana mempelupuh Anwar  Ibrahim  sampai pengsan, walaupun Rahim Nor pikul akibatnya, tetapi tetap Mahathir  dipersoal atas kekejaman Rahim itu.

Saya tidak mahu menyamakan Zahid dengan Dr. M dan KPN baru dengan Rahim Nor, tetapi mereka telah memulakan tugasnya penuh kontroversi. Payah hendak membela mereka terutama semasa kerajaan, pemimpinnya dan polis dipertikai oleh banyak pihak.

Kedua mereka akan mengambil masa untuk menjadi pemimpin dan pegawai mesra rakyat kerena memerka memilih tindakan yang tidak popular sebagai tindakan pertama.  Mahathir dan Tun  Hanif Omar sebagai KPN banyak tangkap orang di bawah ISA terutama peristiwa Operasi Lallang dan Memali. Tetapi dia memulakan tugas PM dengan membebas tahanan  ISA yang membabitkan dakwaan komunis.

Baha Zain : Sasterawan Negara Ke 12


Tahniah kepada Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain di atas penganugerahan sebagai Sasterawan Negara ke 12 pada 28 Mei lalu.

Datuk Dr. Baharuddin dipilih sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Beliau menerima wang tunai RM60,000, Watikah Sasterawan Negara ke-12 selain kemudahan berkarya.

Puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia Dan Sepanyol.


Sedikit Biodata beliau :

Beliau dilahirkan pada 22 Mei 1939) merupakan penulis yang terkenal serta berasal dari Hutan MelintangPerakMalaysia. Beliau telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-12 pada 2013.

Blog beliau : http://bahazain.blogspot.com

Senarai Exco Selangor


Sumber : http://drhalimahali.blogspot.com/
TERKINI: Senarai Exco Selangor Pasca PRU 13

TS Khalid Ibrahim Mengangkat Sumpah sambil memegang Tombak Sang Buana
Speaker: YB Hannah Yeo (DAP)

Exco: (1)YB Us Sallehen Mukhyi (PAS)
          (2)YB Iskandar (PAS)
          (3)YB Dr Ahmad Yunus (PAS)
          (4)YB Dr Halimah Ali (PAS)
          (5)YB Rodziah (PKR)
          (6)YB Elizabeth Wong (PKR)
          (7)YB Dr Daroyah Alwi (PKR)   
          (8)YB Dato Teng Cheng Khim (DAP)
          (9)YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
          (10)YB Ganabathirau (DAP)

Upacara Mengangkat Sumpah serta Akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang 9.00 pagi esok 30hb Mei 2013.

Adab berjamaah


Adab Berjamaah Dan Menghormati Keputusan Presiden

Timbul keributan yang tidak kurang hebatnya apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dikritik secara terbuka kerana dikatakan melanggar perjanjian dengan PKR dalam isu calon PRU 13 di Kota Damansara. Apa yang menyedihkan lagi, ada di kalangan pimpinan tertinggi PAS yang mempertahankan kritikan tersebut atas nama keterbukaan.

Perlu dipertegaskan bahawa Islam memberikan hak kepada ketua sesebuah organisasi membuat keputusan sendiri tanpa memanggil mesyuarat. Jika dipanggil mesyuarat sekali pun, beliau diberi ruang untuk membelakangi keputusan mesyuarat jika perlu. Bahkan beliau tidak perlu memperjelaskan keputusan yang diambil kepada orang bawahan.

Lihat sahaja kepada sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Persetujuan telah dicapai bersama sahabat-sahabat baginda untuk berperang jika mereka dihalang untuk masuk ke Mekah bagi menunaikan ibadat umrah sebagaimana cadangan Saidina Abu Bakar. Bahkan Rasulullah s.a.w mempertegaskan lagi perkara yang sama kepada Budail bin Warqa', orang tengah antara Rasulullah dan Quraisy agar memberitahu musyrikin Mekah tentang perkara tersebut.  

Apa yang berlaku, akhirnya Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan dan membelakangi keputusan hasil perbincangan dengan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w telah memeteraikan perjanjian dengan musyrikin Mekah yang menghendaki orang Islam pulang semula ke Madinah dan datang pada tahun hadapan untuk menunaikan umrah. Bahkan Rasulullah s.a.w. tidak memperjelaskan kepada para sahabat tentang keputusan yang diambil ini. Perjanjian ini bukan wahyu daripada Allah bahkan ia adalah kebijaksanaan baginda dalam membuat keputusan dan mengatur strategi.

Jelasnya, Tuan Guru Presiden mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam walaupun berbeza dengan keputusan mesyuarat jika dilihat di sana ada mudharat yang lebih besar boleh berlaku.

Ini tidak bermakna Islam mengamalkan sistem diktator. Sistem diktator adalah sistem yang tidak membuka ruang langsung untuk orang bawahan mengemukakan pandangan. Ada pun dalam Islam, pandangan orang bawahan adalah sangat dialu-alukan tetapi pandangan tersebut tidak boleh mengikat seorang ketua untuk membuat keputusan.

Dr Ramadhan al-Buti (Fiqh as-Sirah; 1999, m.s 237) menyebut: "Syura dalam Syariat Islam adalah sesuatu yang disyariatkan tetapi ia tidak semestinya dilaksanakan. Ini kerana kebaikan daripada Syura adalah untuk mengeluarkan pandangan-pandangan daripada orang bawahan, mencari kebaikan dan kemaslahatan yang diketahui oleh sebahagian dan tidak sebahagian yang lain atau memandang baik diri-diri mereka. Sekiranya pemimpin melihat pandangan mereka sangat baik berdasarkan dalil syarak dan hukumnya maka pemimpin itu akan melaksanakannya. Jika sebaliknya, dia boleh membuat keputusan mengikut apa yang dia kehendaki dengan syarat tidak berlawanan dengan nas Quran dan Sunnah serta ijmak orang Islam."

Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan mesyuarat atau syura perlu dilaksanakan oleh ketua atau pun tidak adalah menjadi perbahasan dan perbezaan pandangan di kalangan Ulamak. Pun begitu, pemimpin mempunyai hak untuk memilih pandangan Ulamak yang berbeza ini. Tuan Guru Presiden ada hak untuk memilih pandangan bahawa keputusan mesyuarat tidak semestinya dilaksanakan dan ahli perlu menerima pilihan Presiden.

Kewajipan ahli ialah mempertahankan dan melaksanakan keputusan Presiden walaupun mereka tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut. Begitulah sikap yang diambil oleh para sahabat apabila mereka tidak berpuas hati terhadap Rasulullah s.a.w. apabila baginda memeteraikan perjanjian dengan musyrikin Mekah dan terpaksa balik semula ke Madinah. Saidina Umar datang menemui Rasulullah s.a.w menyatakan ketidak puasan hati beliau sehinggalah terpaksa ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar. Para sahabat tidak mahu berganjak daripada tempat mereka apabila Rasulullah menyuruh mereka bertahallul untuk pulang ke Madinah. Rasulullah s.a.w terpaksa mengulangi sebanyak 3 kali tetapi para sahabat tidak mengendahkannya. Ini kerana mereka tidak puas hati dengan keputusan Rasulullah yang melanggar keputusan asal untuk berperang jika dihalang untuk masuk ke Mekah. Tetapi akhirnya para sahabat melaksanakan arahan Rasulullah apabila Rasulullah sendiri bertahallul. Mereka menerima dan melaksanakan keputusan Rasulullah walaupun mereka tidak berpuas hati.

Itulah sikap yang perlu ada dalam diri ahli pendokong gerakan Islam khususnya Parti Islam seMalaysia (PAS). Walaupun mungkin kita tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden tetapi keputusan tersebut tetap wajib dilaksanakan. Mereka boleh meluahkan ketidakpuasan hati itu mengikut saluran yang betul tetapi akhirnya mereka perlu akur dengan keputusan Tuan Guru Presiden.

Adalah amat malang apabila sebahagian ahli dan pimpinan PAS tidak dapat menerima keputusan yang diambil oleh Tuan Guru Presiden dan tidak mahu melaksanakannya. Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila ada di kalangan pimpinan PAS yang mempertahankan kritikan orang luar yang menyalahkan Presiden dalam isu calon di Kota Damansara walaupun Tuan Guru Presiden telah menerangkannya. Pimpinan yang seumpama ini tidak berhak berada dalam saf kepimpinan bersama dengan Tuan Guru Presiden.

Ustaz Mokhtar Senik
Ajk Dewan Ulamak Pas Pusat
Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang

Tuesday 28 May 2013

Lagu : Medan Tahrir Mesir


Lagu sempena peristiwa yang berlaku di Medan Tahrir Mesir...Kemuncak Arab Spring...Era Kebangkitan Islam..

Sebenarnya Saya isteri Dia


Tonton Slot Zehra Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode - Tonton Online

Tonton Drama Slot Zehra Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode - Tonton Online | Drama terbaru di Slot Zehra TV3 bertajuk Sebenarnya, Saya Isteri Dia akan menggantikan drama Hanya Padamu bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malamDrama bersiri 13 episod terbitan Prime works Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanah air seperti Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy.

Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta.

Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut.

Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai. Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan.

Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti. Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama.

Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan. Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ.

Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Lakonan, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.


Shah Jaszle Terperangkap?


Akhirnya setelah hampir 2 minggu Shah Jaszle ditangkap atas tuduhan berkhalwat, Mstar Online menerima kenyataan Shah Jaszle. Katanya dia terperangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kata Shah Jaszle:-
Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.

Kita tunggu aja perkembangan selanjutnya..tunggu mahkamah yang komen nanti...

Tamrin & Haris ditahan semula



Sumber : Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dibebaskan bekas aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan aktivis NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini.

Beberapa media melaporkan penahan itu dibuat kira-kira jam 7 malam tadi.

Turut ditahan seorang lagi aktivis mahasiswa Safwan Anang.

Kesemua mereka difahamkan dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Tamrin dan Haris pada 23 Mei lalu telah ditahan bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berikutan kenyataan mereka yang didakwa dibuat semasa forum pada 13 Mei yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kedua-duanya termasuk seorang lagi yang turut ditahan iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, dibebaskan sehari kemudian selepas polis gagal mendapat perintah reman.

Perlawanan Pahang-Johor batal



Berita dari Sinar Harian

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
StadiumDarulMakmur3 StadiumDarulMakmur4StadiumDarulMakmur1 StadiumDarulMakmur2StadiumDarulMakmur5
Seorang penonton terkena objek terbang

Rupanya sekarang tak selamat dah nak tengok bola, nak bersukan pun dah tak aman..
sebab boleh cetus huru hara..Polis dan kerajaan BN kata perhimpunan aman anjuran PR tak aman...rupanya depa tersilap...main bola pun tak aman.. Lepas ni nak main bola kena mintak permit dulu..barulah adil..ni nak ceramah dan berhimpun secara aman je yang kena minta permit..

Monday 27 May 2013

Syamsul Iskandar kena muhasabah diri


SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu? 

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM. 

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ‘lari tidak bertempat’. 

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ‘screening’ lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ‘suspek penjual pil kuda’ juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama. 

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ‘kuasa’. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR. 

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya. 

Zaharudin Muhammad

Presiden Mursi melaungkan Azan




Allah. Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar.
Meremang bulu roma. Seorang pemimpin nombor satu buat macam ni. InsyaAllah rakyatnya akan tahu apa nilai solat.

Presiden Mesir, Dr Mursi ketika sedang berucap diberitahu oleh orang sekeliling : 'Azaann(orang sedang melaungkan azan/dah maasuk waktu solat).
Jawab beliau : Azan? Tafaddhol(silakan). Nak aku azankan ke? Dan beliau terus azan. Pasti azan ini sangat besar nilainya

Fouziah Gous akan bertunang


Sabtu ni Fouziah Gous akan bertunang. Bakal tunang Fouziah Gous ialah Md Zhafran Md Yusof yang merupakan pemilik syarikat keselamatan Arrow Guard dan seorang perunding kewangan. Mereka merancang  untuk bertunang tidak lama  hanya  3 bulan dan akan berkahwin pada bulan September ini.
gambar tunang fouziah gous tunang
 kata-kata Fouziah Gous menerusi Berita Harian :-

Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.
gambar tunang fouziah gous tunang
Kita doakan, semoga majlis pertunangan dapat berjalan lancar.

Angkat Sumpah Exco Selangor


Sumber : Harakahdaily

Angkat sumpah Khamis, tiada ketua PR Selangor dalam Exco

SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis,  jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.


(Azmin, Dr Rani dan Teresa dijangka tidak ada dalam senarai Exco Selangor)

Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.


"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.

"Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas segala pandangan dan nasihat baginda demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," kata Khalid.

Harakahdaily difahamkan, PAS akan mempunyai empat wakil dalam MMKN itu, tiga PKR dan tiga DAP.

Sehingga kini, menurut maklumatnya,  ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.

Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula tidak layak kerana bukan Adun. Beliau hanya bertanding Parlimen Seputeh dalam PRU 13.

Dua anggota Exco lama dari PAS dijangka akan dikekalkan manakala dua exco baru akan mengangkat sumpah Khamis ini.

DAP sebagaimana sessi lepas akan mendapat kerusi Speaker manakala PKR mendapat kerusi MB.

PAS dikatakan akan mendapat empat kerusi Exco untuk membolehkan nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu dilaksanakan dalam barisan Exco kali ini.

Sunday 26 May 2013

Pakai Tudung..Tapi Seksi

Tudung kat kepala dah..tapi nak dedah yang lain pulak...