Pages

Friday, 14 March 2014

Batu Terapung


Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]

Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, aku rasa ia satu kewajipan untuk aku sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak?
Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Nampak?
Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..

Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Misteri Kapal Terbang hilang


Copy dari :

 http://rynas.blogspot.com/2014/03/misteri-kehilangan-kapal-terbang.html


misteri pesawat hilang

cerita-cerita pelik menegnai kehilangan pesawat yang entah betul atau tidak kebenarannya. paparan hanya untuk pembacaan saja. 

Temui kapal terbang selepas 35 tahun 

Selepas 35 tahun kapal terbang yang membawa penumpang seramai 92 orang hilang di ruangan angkasa dan tidak dapat dikesan oleh sebarang radar dan elektronik, ia akhirnya mendarat di Porto Alegre, Brazil dengan keadaan penumpang yang kurus kering !

Ia hilang pada 4 September 1945 dan mendarat pada 12 oktober 1980.

Teori menyatakan bahawa pesawat ini telah sesat di dimesi keempat dan ada kemungkinan telah jauh "tersimpan di Black Hole" selama 35 tahun. Para penumpang yang pulang seolah-olah tidak mampu mengingat kembali "moment" mereka ketika hilang dan tidak mempu untuk bercerita pengalaman mereka selama "disana."

 Kapal terbang muncul selepas 55 tahun hilang


Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung dengan sebuah kapal terbang yang lain.

Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?

Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini:

"Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

"Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini."

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien), dimana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.





 Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang


 Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tenteraSemasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semulaPesawat Kittyhawak P-40tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping.Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.



Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
 
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

 Kapal hilang dari radar 



Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika.Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.

Cerita Kapal terbang hilang 35 tahun..adalah tipu?


Penafian kisah kapal terbang yang hilang selama 35 tahun oleh : 
http://blogserius.blogspot.com/2014/03/mytbusters-menyelongkar-mitos-pesawat.html




1. Dalam laporan asal kejadian berlaku pada tahun 1946 bukannya 1945. Sebuah pesawat Lockheed Constellation dikatakan hilang ketika dalam perjalanan dari Rio De Janiero ke Havana Cuba.

2. Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980. Perbezaan hilang selama 47 tahun ataupin 35 tahun bergantung kepada cerita mana yang anda mahu percaya.

4. Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi penumpang yang kini hanya tinggal rangka.

Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation. 

Kepada yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.



Senarai penuh kesemua kecelakaan melibatkan Lockheed Constellation boleh anda akses melalui pautan ini. Diantara 1945-1946 berlaku 6 insiden kemalangan melibatkan pesawat ini. Kesemua melibatkan kemalangan yang berlaku di Amerika Utara melibatkan pesawat milik Pan Am, TWA Airline dan sebuah milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kesemua pesawat yang terhempas berjaya ditemui.Tiada yang hilang. 

TIADA insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai 16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah lagi insiden berlaku pada tahun1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk. Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.

Jadi terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.

Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak  1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana. 

Kapal terbang hilang 35 tahun

copy dari : 
http://mediaharia.blogspot.com/2014/03/video-misteri-kapal-terbang-hilang-35.html


 MISTERI KAPAL TERBANG HILANG 35 TAHUN KEMBALI MENDARAT




Kejadian misteri yang berlaku pada tarikh 4 September 1945 silam, ada sebuah pesawat yang menghilang di atas langit Atlantik yang membuat gempar di seluruh dunia. Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brazil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Lapangan Terbang.

Apabila membuka pintu pesawat, sejumlah orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu nampak kurus kering.

Menurut penyelidikan, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali lagi. Menurut dugaan, pesawat ini telah Berputar-putar melewati ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat. Tapi, sekurang-kurangnya itu dugaan yang boleh di berikan.

Sejarah Tragedi Kapal Terhempas di Tanjung Kupang, Johor


Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
“Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar,” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.
NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.
Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.
“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.
Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.
Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.
“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.
MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.
“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.
“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.
Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.
“Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.
“Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad ‘menceroboh’ masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.
SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.
Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
“Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
“Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.
Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.
Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.