Pages

Sunday, 26 May 2013

Di Sebalik Arab Spring..


DI SEBALIK ARAB SPRING: KITA MASIH ADA PENYELESAIAN LAIN

Revolusi Mesir yang meledak pada 25 Januari 2011 khasnya dan kebangkitan di negara-negara Arab atau dikenali sebagai "Arab Spring" amnya tercetus setelah seluruh saluran yang ada ditutup oleh kerajaan dan tiada harapan lain bagi rakyat kecuali jalan raya. Penipuan yang dilakukan oleh rejim Mubarak pada Pilihanraya Parlimen 2010 adalah paling tidak masuk akal dan menipu 'atas darat'. 

Dalam buku pertama saya berjudul "Menanti Fajar Menyinsing" saya muatkan terlalu banyak faktor yang meledakkan kemarahan rakyat, bukan semata-mata penipuan pilihanraya sahaja. Sebelum itu, penyelewengan harta rakyat, penangkapan ke atas pemimpin pembangkang, pembunuhan pemuda bernama Khalid Sa'id dan Sayyed Bilal menyebabkan rakyat mula bosan. Yang jelasnya, apa yang mereka lakukan adalah bertentangan sama sekali dengan fitrah semulajadi manusia yang diajar Islam.

Siapa kata Ikhwan Muslimin 'menangguk di air keruh' dan mengambil kesempatan di atas revolusi? Tidak syak lagi keputusan yang diambil oleh badan eksekutif tertinggi Ikhwan Muslimin, Maktab Irsyad pada pagi 26 Januari 2011 mengarahkan anggota mereka turun menjayakan himpunan anjuran gerakan pembaharuan yang diasaskan oleh Dr.Mohammed El-Baradei amat tepat seperti yang diumumkan jurucakap badan tersebut (ketika itu), Dr.Essom Eryan. 

Arahan Maktab Irsyad amat jelas kepada anggota mereka, wajib turun dan himpunan hendaklah dibuat banyak tempat, seluruh Mesir-jangan tertumpu hanya di Tahrir kerana bagi memastikan pasukan keselamatan juga berpecah. 

Ahli Ikhwan tteramat wala' dan taat kepada arahan pimpinan mereka hingga puluhan pemuda mereka syahid sepanjang 18 hari tersebut. Ini resepi utama kenapa mereka boleh diberikan kemenangan dalam tempoh yang singkat. Mereka persembahkan lagi 11 orang pemuda mereka dalam tragedi di hadapan Istana Ittihadiyah November tahun lalu. 

Jangan cabar pemuda Islam kerana mereka sememangnya dididik untuk mengejar syahid. Mereka yakin mereka di atas jalan kebenaran kerana penguasa di negara mereka sejak era 50-an berideologikan sosialis sekular. Begitu juga di Syria, sejak ayahnya Hafiz dan Basyar Asad berideologikan sosialis. 

Di Malaysia ia berbeza. Kita masih ada jalan penyelesaian yang lain. Masih banyak yang perlu difikirkan.Sekalipun 'lorong yang sempit' tetapi masih boleh kita lalui. Gunakan ruang yang ada. Ini ulasan saya. 

No comments:

Post a Comment