Pages

Wednesday, 22 May 2013

Kampung El-Qusair di Syria menjadi perebutan


"Perkampungan El-Qusair merupakan medan yang menjadi rebutan sengit antara kumpulan mujahidin (TV3 dan Harian Metro gelar pemberontak) dengan askar rejim. Ia telah jatuh ke tangan kumpulan mujahidin sebelum ini dan askar rejim berusaha untuk merampas kembali. Amat mendukacitakan melalui semua sumber yang saya baca, ketumbukan tentera Hizbullah Syiah Lubnan dihantar tidak henti-henti atas nama "jihad mempertahankan tempat-tempat suci". 

Walaupun sebelum ini kita cuba mengelak untuk memainkan sentimen Sunni-Syiah di Syria tetapi hakikatnya kita "syok sendiri". Syiah atau dikenali sebagai golongan 'Alawiyyin mengambil kesempatan atas sikap 'baik sangka kita yang tak bertempat itu' dengan melakukan penyembelihan beramai-ramai kepada penduduk lalu dituding jari kononnya Israel mendalangi pembunuhan sebagai konspirasi menjatuhkan Presiden Basyar yang kononnya baik dengan HAMAS dan mendokong perjuangan rakyat Palestin. 

Sumber Ikhwan yang saya baca melaporkan minggu lepas sahaja 36 orang askar Hizbullah berjaya dibunuh oleh kumpulan mujahidin. Mayat mereka dibawa pulang dan disemadikan di selatan Lubnan seperti yang saya update sebelum ini. 

Apa yang pasti El-Qusair yang terletak dalam wilayah Homs ini akan menjadi medan pertempuran yang sengit. Asalkan kembali jatuh ke tangan askar rejim, mereka dan talibarut mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kumpulan mujahidin berundur termasuk menggunakan senjata kimia. 

Apabila mereka berjaya menguasai kembali, maka di saat itu nyawa rakyat dan penduduk awam dalam bahaya. Akhirnya, kesemua mereka akan disembelih beramai-ramai seperti yang terjadi di Baniyas dan Doma sebelum ini." (Abdul Malik II)

No comments:

Post a Comment