Pages

Friday, 17 May 2013

Kempen Menentang Presiden Mursi



Presiden Mesir Dr.Mursi akan genap setahun berkuasa pada 30 Jun depan. Barisan pembangkang dan penentangnya meneruskan tekanan terhadap pemerintahan beliau apabila pada 29 April 2013 mereka melancarkan "Kempen Pemberontakan" (atau Hamlah Tamarud). 


Kempen ini antara lain bertujuan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan dari rakyat Mesir bagi menarik balik kepercayaan daripada Mursi dan mengadakan Pilihanraya Presiden lebih awal walaupun perlembagaan baru yang diluluskan tahun lalu memberikan had tempoh kepada Presiden satu penggal selama 4 tahun dan tempoh pemerintahan Mursi sepatutnya berakhir 30 Jun 2016. Mereka turun ke dataran-dataran utama di negara bagi mengedarkan borang tandatangan kepada rakyat. 


Jawatankuasa kempen ini mengumumkan sehingga 12 Mei lalu mereka berjaya mengumpulkan 2 juta tandatangan rakyat bagi mendesak pilihanraya Presiden diadakan lebih awal. Mereka mensasarkan menjelang 30 Jun nanti, sebanyak 15 juta tandatangan akan dikumpulkan iaitu melebihi undi yang diperolehi oleh Mursi dalam pusingan terakhir menentang Syafiq Jun 2012 iaitu 13 juta undi sahaja. 


Berjayakah kempen ini?
 — with Abdul Malik II.

No comments:

Post a Comment