Pages

Tuesday, 14 May 2013

Tan Sri Khalid : Ketua Polis Negara yang Baru




TAHNIAH : Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang bersara selepas tamat kontrak Khamis ini.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada hari yang sama.
“Selaras dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei,” katanya.

Pesanan Rakyat supaya Tan Sri menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Jangan kerana menjaga periuk nasi sanggup mengenepikan yang hak untuk menjaga kepentingan individu tertentu..terutamanya pemimpin UMNO & BN..

No comments:

Post a Comment