Pages

Thursday, 16 May 2013

Tujuh Askar Mesir Dicolek


MESIR : Sekumpulan penculik bersenjata menculik 7 orang askar Mesir di utara Sinai, berhampiran bandar 'Arish awal pagi hari ini.

Sumber keselamatan polis wilayah berkata, 7 orang tentera tersebut menaiki teksi dari bandar 'Arish yang terletak berhampiran pintu sempadan Mesir-Gaza, Rafah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sebelum dihalang oleh beberapa buah kenderaan penculik. 

Sementara itu, pagi ini Presiden Mursi mengadakan mesyuarat tergempar dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan kejadian tersebut.

Sumber pembangkang Mesir pula mendakwa, kejadian culik ini dirancang oleh Ikhwan Muslimin. 

Masih segar dalam ingatan rakyat Mesir hampir setahun yang lalu ketika dalam bulan Ramadhan apabila 16 orang tentera Mesir ditembak mati di sempadan Rafah ketika hampir menjelang waktu Maghrib yang kemudian mendedahkan ia komplot jahat yang dirancang oleh Ketua Majlis Tentera ketika itu, Husin Tantawi bagi memburukkan imej Mursi yang membawa penyingkiran Tantawi dari jawatannya beberapa bulan selepas tragedi.


TERKINI : Susulan 7 askar Mesir yang diculik oleh kumpulan bersenjata di Sinai sebelum fajar pagi hari ini: Seorang dari mereka telah dibebaskan sementara baki 6 yang lain masih ditahan. 

No comments:

Post a Comment