Pages

Monday, 17 June 2013

ANAK ULAMA?..


ANAK ULAMA DITANGKAP KERANA JADI PENARI BOGEL




*Gambar di atas : 2 orang anggota polis Britain mengiringi Yasmin keluar dari flatnya di South East London baru-baru ini. 

LONDON - Sekumpulan pelampau mengancam untuk membunuh anak perempuan seorang ulama terkenal Britain, Syeikh Omar Bakri yang bernama Yasmin selepas terbongkarnya kisah dia menjadi seorang penari separuh bogel. Yasmin yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal kini sedang bersembunyi kerana menerima ancaman bunuh itu.
Berikutan ancaman itu, pihak polis telah pergi ke flat penginapannya di South East London baru-baru ini selepas membuat keputusan untuk memindahkannya ke sebuah rumah yang lebih selamat. Yasmin yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun meninggalkan flat itu dengan membawa sebuah beg manakala tujuh orang anggota polis mengiringinya ke sebuah van. Dia dan anak lelakinya itu kini tinggal di lokasi berasingan sebagai usaha untuk mengelak daripada diserang oleh kumpulan pelampau.
Seorang rakannya memberitahu : "Dia (Yasmin) tidak dapat melihat anak lelakinya atau kembali ke rumah. Dia merasa amat takut ketika ini." Peguam Yasmin, Iqbal Ahmed menyatakan, anak guamnya itu kini merasa amat takut apabila berita mengenai kerjayanya sebagai penari separuh bogel disiarkan oleh akhbar tempatan.
Yasmin yang melakukan pembedahan untuk mencantikkan payu daranya hasil pembiayaan bapanya kini bekerja dengan sebuah kumpulan penari separuh bogel yang dikenali sebagai 'Ibiza Untouched'. Dia memberitahu seorang pemberita : "Saya tidak selalu melakukan kerja-kerja mendedahkan payu dara tetapi saya bersedia untuk mendedahkannya jika terdapat tempat yang bersesuaian."
Berita Yasmin sebagai seorang penari separuh bogel itu amat mengejutkan bapanya yang dikenali dengan jolokan 'Tottenham Ayatollah' selepas dia memuji serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Bagaimanapun, bapa Yasmin itu kini tinggal di Beirut, Lebanon selepas diusir oleh kerajaan Britain. Bapa Yasmin itu berkata: "Saya merasa amat terkejut. Dia dibesarkan dengan sempurna dan diberikan didikan agama yang mencukupi. Setakat yang saya ketahui, dia masih lagi berkahwin. Kelakuannya itu sepatutnya menjadi tanggungjawab suaminya."
Yasmin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang lelaki keturunan Turki tetapi mereka kini hidup berasingan. Bapanya yang berkelahiran Syria membesarkan enam anak di Enfield, Britain sebelum diusir ke Beirut.
Seorang rakan Yasmin memberitahu : "Dia (Yasmin) tidak akan menjadi penari separuh bogel jika bapanya tidak membiayai pembedahan untuk membesarkan payu dara itu. Yasmin kerap merasa bimbang berhubung saiz payu dara dan membohongi bapanya dengan menyatakan bahawa dia akan berasa lebih selesa sebagai seorang ibu apabila menyusukan anak (jika mempunyai payu dara yang besar)."
Sebelum ini, Yasmin memberitahu sebuah akhbar : "Saya sudah melakukan persembahan 'tarian tiang' (separuh bogel) tetapi saya merahsiakannya."
Dia juga tidak melibatkan bapanya berhubung kerjaya itu dengan menjelaskan : "Sebarang pandangan bapa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya. Saya adalah seorang yang telah cukup dewasa. Saya melakukan urusan saya sendiri dan dia (bapa) juga mempunyai urusannya yang tersendiri."
Seorang lagi rakan Yasmin memberitahu : "Omar akan diserang penyakit jantung sekiranya dia melihat anak perempuannya itu sedang menari." Ketika bapa Yasmin mendengar kisah Yasmin itu, dia berkata: "Jika berita itu benar, saya berasa amat terkejut tetapi dia bebas untuk membuat pilihannya sendiri."
Namun, bapa Yasmin kemudian mengubah nada kenyataannya dengan menyatakan : "Saya tidak mempunyai seorang anak perempuan yang melakukan perbuatan seperti itu. Semua anak-anak saya mengamalkan ajaran Islam."
Omar kemudian mendakwa bahawa kisah itu merupakan satu komplot untuk membalas dendam selepas polis dipaksa oleh seorang hakim untuk menyerahkah kembali £14,000 (RM88,481) yang dirampas daripada salah seorang anak lelakinya, Abdul. Jelas beliau, "Pihak polis menggunakan ahli keluarga saya untuk membalas dendam kerana saya sudah menang. Polis juga merasa cemburu kerana anak lelaki saya, Abdul memperoleh semula wang yang dicuri daripadanya."

No comments:

Post a Comment