Pages

Tuesday, 25 June 2013

Rancangan Penggulingan Mursi


TERKINI: Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir menangguhkan persidangan esok bagi meneliti bantahan yang dikemukakan oleh Dr.Syauqi Sayyid, peguam kepada calon Presiden yang kalah, Ahmed Syafiq. Syauqi yang mewakili Syafiq yang kini menetap di Abu Dhabi pada bulan lalu mengemukakan bantahan kepada suruhanjaya bagi meminta dibatalkan kemenangan Mursi sekaligus mengisytiharkan Syafiq sebagai Presiden Mesir yang sah. 

Persoalan:

1) Kenapa suruhanjaya yang dianggotai oleh hakim-hakim mahkamah ini masih lagi berfungsi sedangkan dalam perlembagaan memperuntukkan secara jelas bahawa suruhanjaya ini akan terbubar sebaik sahaja berakhir pilihanraya Presiden pada akhir Jun 2012. Oleh itu, suruhanjaya yang bersidang bagi meneliti kes ini dianggap sebagai "tidak sah" kerana ia tidak lagi wujud waktu ini. 

2) Kenapa Ahmed Syafiq yang tewas menentang Mursi mengambil masa terlalu lama iaitu hampir setahun dan seakan-akan tiada tarikh tamat bagi bantahan. 

3) Perlembagaan juga secara jelas menyatakan keputusan suruhanjaya ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. 

4) Kenapa sidang dibuat pada waktu ini disaat "Tamarrud" rancak berkempen untuk 30 Jun ini?

Semuanya mempunyai kaitan dengan misi menggulingkan Mursi 30 Jun ini.

No comments:

Post a Comment