Pages

Tuesday, 8 July 2014

Ziana Zain bertudung di bulan Ramadhan

Sumber : Beatifulnara
Anak sulung Ziana Zain yang bernama Aiman ini. Baru berusia 14 tahun, Aiman yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka. 
Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana


ziana zain berhijrah
Cantik kan bila Ziana Zain bertudung? Nampak makin berseri-seri. Tidak mahu peminatnya tertanya-tanya, Ziana Zain tampil menerusi portal Murai menerangkan tentang imejnya di dalam gambar tersebut. Rupa-rupanya sudah menjadi kebiasaan untuk Ziana Zain memakai tudung di bulan Ramadhan ketika menghantar anak-anaknya ke sekolah. Kata Ziana Zain:-
Inilah pesanan (pakai tudung di bulan Ramadhan) yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment