CDM25 Pemilik Kerja Kahwin Sdn.Bhd di Serang di Media Sosial
Menerusi www.hasrulhassan.com hari ini Video Wanita Peugeot CDM25 terlajak biadap telah menjadi viral di laman sosial terutama Facebook dan trending di Twitter. Kejadian yang sungguh memalukan ini dirakam oleh salah seorang saksi kejadian dan telah dimuat-naik ke Facebook. Agak malang sekali, apa yang diperlakukan oleh wanita dengan nombor plet kereta CDM25 ini menjadi tontotan seluruh rakyat Malaysia.
Kejadian dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan, dipercayai pada 14 Julai 2014. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jesicca Qi dengan caption tertulis Yesterday at the Kuantan Miss captured a very red == "you help her".
Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar
Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.
Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd.
Pemilik kenderaan Peugeot ini seorang wanita seperti terkena histeria mengamuk ke arah kereta yang melanggar bahagian belakang keretanya. Lebih menggemparkan ialah wanita itu membawa stereng kereta, mengetuk-ngetuk kereta yang dinaiki seorang lelaki tua berbangsa Cina yang tidak sengaja melanggar dari belakang. Perlakuan wanita itu tidak ubah seperti samseng dan amat memalukan.
Facebook dan Instagram Kerja Kahwin Dikaitkan Dengan Wanita Peugeot CDM25
Facebook Peribadi Pemilik CDM25 Tutup
Kemungkinan besar Facebook dimiliki oleh wanita ini telah diserang oleh komen-komen dari pengguna lain yang berang dan tidak puas hati dengan apa yang telah diperlakukan oleh pemilik Kerja Kahwin Sdn. Bhd ini. Dan saya fikirlah, tak lama lagi mungkin Facebook Kerja Kahwin juga akan tidak wujud setelah ternampakkan beberapa komen ke fanpage tersebut.
Agak tidak wajar tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut, apatah lagi setelah lelaki tua itu berkali-kali memohon maaf dan menyatakan hasrat akan membayar ganti rugi. Lagipun, kemalangan ini hanyalah kemalangan kecil yang tidak sepatutnya membawa kepada watak histeria wanita pemilik CDM25.
Apa yang boleh dilakukan oleh wanita ini supaya dirinya tidak lagi diserang oleh warga siber ialah memohon maaf atas kesilapannya. Dan saya pasti, seandainya wanita ini mahu kelangsungan bisnes Kerja Kahwin yang dipromosikannya, permintaan maaf secara terbuka amatlah wajar sekali.
No comments:
Post a Comment