Pages

Tuesday, 28 August 2012

Que Haidar pilih nama FIRAUN untuk anaknya?


Tahukah kamu semua, nama anak kedua  Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Mungkin dalam malaysia ni, baby ni seorang sahaja yang nama dia macam ini. Kenapa orang lain tak terfikir nak bubuh nama anak mereka dengan nama ini. 

Nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya sama  dengan nama seorang ratu Firaun.

Kata Que Haidar semasa ditanya wartawan Mstar Online : Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita.
Kata Que Haidar lagi : Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama.

Mungkin lepas ini..beliau akan menamakan anaknya dengan nama-nama besar yang lain seperti Plato, Julius Cesar, Hitler, Bush..yang penting agamanya Islam...Tak gitu?

Kenali lanjut siapa dia Ratu Cleopatra : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cleopatra

 Di Malaysia ini, ada juga seorang atlet yang dinamakan oleh bapanya dengan nama anak Nabi Adam AS. Iaitu Qabil. Nabi Adam AS ada dua orang anak lelaki yang bernama Qabil dan Habil. Keduanya mempunyai watak yang berbeza, dan di akhirat nanti juga mendapat layanan dan tempat yang berbeza. Kalau anda? yang mana satu pilihannya..Qabil @ Habil.

No comments:

Post a Comment