Pages

Monday, 27 August 2012

Wan Ji JAWAB Zaharuddin ?



HUDUD ATAU KALAHKAN BN?


-1-

Terbentuk sesebuah kerajaan islam itu bukan dengan usaha kita mahu laksanakan hudud, tetapi apabila kita berusaha hendak memberi hak kepada orang yang berhak.
Dalam satu wacana al-syariah wa al-hayah, al-Qaradawi menyatakan bahawa adil itu merujuk kepada satu sabda Nabi SAW;
'berikan hak kepada mereka yang berhak' (al-Bukhari, hadis 5674)

Al-Quran sendiri ada menyatakan,
'Apabila datang pertolongan dan kemenangan, kamu akan lihat orang masuk kepada Islam beramai-ramai' (surah al-Nasr, ayat 1-2)


Dengan maksud, kemenangan itu tertakluk dengan pertolongan. Pertolongan akan tercapai apabila umat itu melaksanakan keadilan.

Ibn Taimiyyah menyatakan dalam kitab al-hisbah;
'sesungguhnya Allah tolong negara yang adil, waima ia kafir sekalipun' (hlmn 4)


Perkataan ibn Taimiyah ini selaras dengan firman Allah;
'Sesungguhnya Allah tidak akan membinasakan ahli sebuah kerajaan secara zalim dalam keadaan rakyatnya saling melakukan islah atau pembaik pulih' (surah Hud, ayat 117)


al-Qaradawi menyatakan;
'iaitu Allah tidak akan membinasakan mereka dengan semata-mata mereka musyrik apabila mereka saling melakukan pembaik pulih sesama mereka' (daur al-qiyam wa al-akhlak fi al-iqtisad al-islami, hlmn 356)


Dengan nyata bahawa kemenangan islam bukan terletak kepada usaha perlaksanaan syariat, tetapi usaha melaksanakan keadilan setahap kemampuan boleh. Adapun perlaksanaan syariat itu terhasil apabila mendapat kerajaan. Kerajaan itu tercapai dengan hadiah dari Allah SWT. 

Firman Allah;
'katakanlah muhammad kepunyaan Allah segala kerajaan. Dia akan berikan kepada siapa yang dia mahu' (surah al-imran, ayat 26)


Dengan ertikata yang lain, kita akan berjaya melaksanakan syariat apabila sebelum itu kita berusaha melaksanakan keadilan. Apabila usaha mencapai keadilan itu dilakukan, ketika itu mendapat hadiah dari Allah, iaitu pemerintahan Islam. Dengan pemerintahan itu, terlaksananya syariat.


- 2 –


UMNO memerintah Malaysia sejak sekian lama. Perbedaan antara pas dan umno, bukan kerana pas mahu hudud dan UMNO tak mahu hudud, tetapi lebih besar itu adalah UMNO tidak melaksanakan keadilan, malahan kezaliman itu telah mendominasi kerajaan dengan penyelewengan harta rakyat, rasuah, ISA, dasar pemerintahan yang tidak berasaskan kepada keadilan.


Pas yang tidak melaksanakan hudud tidak mengurangkan status pas sebagai gerakan Islam, seperti tidak terhapus statusnya jahat UMNO apabila mereka sudah ada ulama muda UMNO; sudah bercakap soal maqasid syariah dan sebagainya. 


Namun begitu, ia bukan bermaksud hudud itu perlu diabaikan terus, sebaliknya perlu difikirkan agenda yang lebih besar dari hudud. Ia bukan bermakna hudud itu kecil, tetapi memikirkan yang lebih besar dan ternyata diterima rakyat, seperti soal dasar ekonomi negara yang membebankan rakyat, makanya pas perlu mencadangkan dasar ekonomi berasaskan kepada Islam; dasar pendidikan yang menjumudkan daya berfikir, makanya pas perlu mencadangkan dasar pendidikan yang benar-benar boleh melahirkan manusia berdaya saing dalam medan ilmu, seperti menjadi setahap al-qaradawi, al-raisuni dan sebagainya.


Disamping itu pula, didapati dalam rang undang-undang hudud kelantan yang dicadangkan mempunyai banyak kelemahan, iaitu apabila kita tengok klausa-klausa rang undang-undang, seperti pendefisian muhsan, hukuman bunuh bagi orang murtad, kesalahan mencuri jika melibatkan orang bukan islam yang tidak sama dengan hukuman orang islam, hukum rejam bagi penzina dan sebagainya. Yang ini jika dilihat dalam perbincangan kitab-kitab fiqh mazhab dan ulama kontemporer sebagai syaikh muhammad al-Ghazali dan Abu Zuhrah, pasti kita dapat melihat betapa perlunya diwujudkan wacana segar dalam beberapa klausa dalam rang tersebut. Perkara ini perlu diselesaikan di kalangan ilmuan-ilmuan dalam dan di luar pas untuk diselesaikan dengan jitu.


- 3 -


politik islam memang tidak boleh lepas dari dakwah. Namun begitu, melihat hanya dakwah sahaja fokus politik islam adalah satu kelemahan dalam memahami politik islam itu sendiri.

Kalau mengikut al-Qaradawi dalam kitab siyasah syariiyyah, politik islam itu didefinisikan sebagai 'melaksanakan sesuatu perkara dengan apa yang dapat memberi kemaslahatan kepada rakyat' (hlmn 29)

Jika dilihat dalam kerangka politik Malaysia, disamping tugas dakwah yang perlu dibuat oleh pas, tapi yang penting juga dilakukan adalah bagaimana hendak mengurangkan kemudharatan terhadap pengkhinatan terhadap amanah rakyat. 
Melihat politik dalam kerangka dakwah sahaja, tanpa memikirkan usaha hendak mengurangkan pengkhianatan terhadap amanah rakyat adalah sama sepertimana yang diperjuangkan oleh gerakan yang lain, seperti JIM, ABIM, Tabligh dan sebagainya.

Dengan menfokuskan tugasan dakwah, disamping gagal mengalahkan UMNO/BN yang menjarah amanah rakyat merupakan kedunguan tahap maksima terhadap pemahaman politik islam dalam kerangka malaysia. 

Perkara senang sebegini mudah difahami tanpa mendapat tarbiah ikhwan yang begitu lambat nak menang jika dilihat mereka sejak ditubuhkan. Mereka tubuh awal, tetapi lambat memerintah berbanding pas yang lambat tubuh, tapi dah memerintah di beberapa negeri.

- 4 - 

Melihat politik dengan merujuk kepada nas secara sawabit adalah satu perkara yang silap. Ini kerana, sifat politik itu sendiri adalah mutaghayyirat.
Jika melihat politik itu secara sawabit, maka lahirlah fikrah-fikrah jumud seperti Hizbut Tahrir yang mengharamkan demokrasi secara mutlak dan fikrah Ulama Muda UMNO yang haramkan tegur pemimpin negara secara terbuka.

Kerangka politik adalah sebagai mekanisma sahaja. Yang paling penting adalah, bagaimana hendak memberi kemaslahatan kepada rakyat seperti yang diredhai oleh Allah.

Kalau dibaca kerangka politik secara sawabit, keterlibatan pas dalam demokrasi itu sendiri sudah salah. Seharusnya bukan demokrasi pilihan pas, tetapi perang. Ini kerana, dalam nas tidak dinyatakan tentang demokrasi, tetapi ayat yang menceritakan perang cukup banyak.

Namun begitu, soal perang dalam nas bersifat politik. Makanya, ia tertakluk dengan tujuan, iaitu agar tidak mendatangkan fitnah.

Firman Allah;

'perangilah mereka hingga tidak berlaku fitnah' (surah al-Baqarah, ayat 193)

di malaysia, perang bukan untuk mengelak fitnah, sebaliknya berperang itu sendiri boleh mewujudkan fitnah. Makanya, bagi hendak mengelak fitnah, di malaysia menggunakan pilihanraya, demokrasi dan sebagainya.


- 5 –

jika kita melihat konsep ilahi ini, kita akan nampak banyak kebijakan untuk diadaptasikan untuk zaman kemudiannya.

Kita tidak nafikan bahawa nabi saw tidak memilih untuk menjadi raja, walaupun ditawar. Tetapi, ia tidak diterima oleh Nabi saw ekoran penerimaan itu bersyarat bahawa baginda mesti tidak menghalang apa yang telah diamalkan oleh jahiliah. Ia sama seperti pas gabung dengan UMNO, maka ISA kekal wujud, pengurusan balak dikuasai oleh parti bukan dibahagikan kepada orang yang layak diteruskan, dasar ekonomi BN tetap berjalan seperti biasa. 

Namun Nabi saw tetap bertegas. Ini kerana, ia bukan isu tidak mahu jawatan, tetapi bagaimana hendak menggantikan dasar sedia ada dengan dasar yang mahu dibawah oleh Nabi.

Jika beralasan bahawa nabi saw tidak boleh mencela sembah-sembahan selain Allah, sudah pasti dakwaan itu tersasar dengan firman Allah;
'jangan kamu cela sembah-sembahan selain dari Allah, bimbangnya mereka mencela Allah dengan permusuhan dan tanpa ilmu' (surah al-An'am, ayat 108)

jika dibaca dalam kitab tafsir, kita akan dapati bahawa ayat ini diturunkan ekoran celaan Nabi muhamad saw terhadap sembahan terhadap tuhan-tuhan orang musyrik. Keadaan itu sehinggakan mereka berkata kepada nabi, 'wahai muhammad, sama ada kamu berhenti dari cela tuhan kami atau kamu cela tuhan kamu' Ekoran dari perkataan itu, menyebabkan Allah SWT turunkan ayat ini. (dari Ibn Abbas, Ibn Kathir, jld 3, hlmn 314)

yang pastinya, keadaan ketika nabi ditawarkan itu, nabi saw sudah mendapat satu lesen besar, iaitu himayah atau penjagaan dari bapa saudaranya, iaitu Abu Talib. Makanya tidak hairan Baginda saw menolak tawaran tersebut disamping menerima tawaran menjadi raja itu sebenarnya menawarkan kegagalan dalam menukar sistem yang sedia diamalkan oleh quraish pada ketika itu.

- 6 – 


semua kandungan sumber islam itu, sama ada al-quran atau sunnah, ia mesti terkandung maqasid ammah, seperti keadilan, menolak kerosakan yang lebih besar dan sebagainya. Namun begitu, dalam beberapa hukum dalam syariah, ia ada maqasid khassah.

Perlaksanaan hudud mengandungi maqasid khassah, sedangkan disamping perlaksanaan hudud itu, perlu dilihat juga dari sudut maqasid umumnya, iaitu keadilannya.

Perlaksanaan hudud dalam keadaan wujud syubhat boleh menafikan keadilan, juga boleh mendatangkan kerosakan yang lebih besar. Makanya tidak hairan, Umar pada tahun kelaparan menangguhkan hukuman potong tangan. Ia kerana, maqasid ammah didahulukan berbanding maqasid khassah.

Jika di zaman umar, faktor lapar adalah syubhat. Tetapi di era ini, faktor kekeliruan yang dicipta oleh UMNO terhadap hudud yang telah diusahakan untuk difahamkan oleh pendakwah merupakan satu syubhat. Ini kerana, dengan kekeliruan tersebut, ia memberi implikasi boleh membawa kepada penolakan terhadap hukum Allah SWT itu sendiri. Jika ini terjadi, ia bercanggah dengan konsep bahawa sesuatu kebaikan yang hendak dilaksanakan boleh melahirkan keburukan yang lain. Ia seperti hendak menyelamatkan nyawa dari tercekik, maka diminum racun.

Tanpa dinafikan melaksanakan hudud itu satu kebaikan, tetapi dilaksanakan dikala boleh berlaku penolakan terhadap hukum Allah secara besar-besaran merupakan satu keburukan yang lebih besar berbanding kebaikannya.

Ia sama seperti yang diungkapkan oleh Umar bin abdul aziz, 'sesungguhnya aku bimbang laksanakan kebenaran secara total, makanya manusia menolaknya secara total. Itu merupakan fitnah' (al-Muwafaqat, jld 2, hlmn 148)

- 7 –

di kala ini, jika pas menyendiri, pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud Jika pas bersama dengan UMNO pun, tiada jaminan pas nak laksanakan hudud. Begitujuga jika pas bersama dengan pkr dan dap. 

Namun, jika pas bersama dengan pkr dan dap, pas mempunyai peluang besar untuk membentuk politik segar, seperti penghapusan terhadap rasuah, penyelewengan harta rakyat, membaiki sistem kehakiman, memberikan hak demokrasi kepada rakyat, kebebasan media dan sebagainya.

Adapun hudud, ia tidak sewajarnya menjadi punca kepada kegagalan membina budaya politik baru ini. Ia tidak sepatutnya menjadi seperti sejarah 2004 yang pas berpecah dengan dap atas nama BA ekoran isu negara islam. 

Ini kerana, yang paling penting kita adalah step by step atau tadarruj. Kita mulakan dengan budaya politik baru, iaitu dengan menjatuhkan regim BN. Setelah dapat budaya politik baru, baru kita berusaha melaksanakan apa yang kita cita-citakan.

Yang kita mahu sekarang, yang kejar kita dapat; yang kita kendong pun tak keciciran. Kalau tidak dapat isteri arab pun, dapat isteri muka macam arab pun dah ok dah. (smileee. Peace…:D)


Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment