Lawan Arus, tajuk yang diberikan oleh Akhbar Kosmo ketika mewancaranya suatu ketika dahulu. Katanya sendiri : "Bagi saya, biarlah melawan arus, daripada melawan akidah. Tentang pilihan berpakaian atau berfesyen, tepuk dada tanya selera. Apa yang penting ialah keikhlasan. Tuhan saja yang tahu keikhlasan kita,"
Sharifah Khasif yang berdarah kacukan Melayu-Yaman pernah menjadi johan qariah peringkat antarabangsa. Namun bezanya dengan qariah-qariah yang terdahulu, dia tampil bergaya, jauh daripada imej seorang ustazah.
Kini, beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinannya, kita doakan berbahagia selamanya.
PS : Kehebatan mengajinya boleh kita tiru...kehebatan berfesyennya ? Nak ikut juga ke?...
No comments:
Post a Comment