Friday, 30 August 2013

Zulkifli Sulong menyebar Virus dalam Harakah?


macam-macam berita dalam harakah yang menimbulkan kebingungan pembaca..sampai ada yang kata ni..akhbar pas punya ke Anwar Ibrahim yang punya..

Akhirnya dalam muktamar Pemuda, Dewan Ulama dan Muktamar Pas Pusat mencadangkan supaya membuat rombakan organisasinya..

akhirnya..antara yang buat onar dalam harakah ini pun keluar..dan menjejakkan kaki ke Malaysian Insider.. ada lagi dalam harakah tu yang pening-pening..lebih ke PKR dari ahli PKR sendiri..

Nie..cerita Zul Sulong.. 

Hari-hari akhir di Harakahdaily

Zulkifli Sulong,30 Ogs 2013
(Selamat tinggal Harakah....ada masa, ada jodoh dan diizinkan Allah bertemu lagi)

31 Ogos 2013, sempena Hari Kemerdekaan negara esok, adalah hari terakhir saya bertugas sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily. Ia juga hari terakhir saya bertugas dengan Harakah, selepas bersama organisasi hebat ini selama 26 tahun.
Berdasarkan surat tawaran jawatan (gambar sebelah), saya mula bertugas dengan Harakah pada 10 April 1987. Tulisan saya mula tersiar dalam Harakah edisi ketiga selepas Harakah mendapat permit penerbitannya pada 28 Februari 1987.

Setiap tahun saya akan ingat tarikh ini kerana ia mempunyai nilai tersendiri. Pada peringkat awal, permit Harakah akan tamat tempohnya pada hari 28 Februari ini. Ia perlu diperbaharui pada tarikh itu. Pada tarikh ini juga adalah hari lahir saya, yang akan diingati oleh orang-orang di sekeliling pada setiap tahun.

Masih ingat lagi, saya dilantik sebagai kakitangan sepenuh masa Harakah selepas menyertai satu kursus intensif sebagai pemberita selama seminggu. Ia dibuat untuk melatih bakal wartawan Harakah selepas permit diperolehi. Kursus ini diuruskan oleh Haji Subky Latif bersama dengan Ustaz Nakhaie Ahmad ketika itu.

Selepas kursus seminggu inilah, saya, Ahmad Lutfi dan Mohamad Nasir dilantik sebagai pemberita sepenuh masa di pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Sepanjang bertugas dengan Harakah, saya pernah berada di puncak kegembiraan dan sudah tentu terasa jatuh terselempot.

Menjelang pilihan raya 1999, Harakah cetak yang saya pimpin pernah mencatat rekod cetakan 380,000 naskah pada satu keluaran. Pada beberapa bulan menjelang pilihan raya 1999 itu, purata cetakan Harakah adalah 350,000 setiap keluaran, menjadikan Harakah akhbar yang paling popular ketika itu

Untuk Harakahdaily pula, media ini mencapai puncak popularitinya menjelang Pilihan raya Umum ke-13 lalu. Pada ketika itu, Harakahdaily menjadi media ke-4 paling popular di Malaysia. Harakahdaily hanya berada di belakang Malaysiakini, Sinar Harian dan The Star online pada ketika itu.

Kami berada di depan media-media online yang lain dari segi rankingnya termasuk Utusan, Berita Harian, Metro, The Malaysian Insider dan juga Kosmo.

Di sebalik kejayaan, sudah tentu ada kegagalan dan kesedihan yang saya hadapi. Paling terasa apabila akhbar Siasah yang saya pimpin terpaksa dibawa keluar oleh pemilik permitnya dari kumpulan Harakah.

Akibatnya sudah tentu ia meninggalkan beberapa kesan dan titik negatif kepada Harakah dan saya sendiri.

Kini saya sudah di penghujung karier saya dengan Harakah, media yang mendidik saya sebagai wartawan.

Saya telah menghantar notis kepada Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar pada 1 Julai 2013 lalu. Notis ini perlu saya berikan dua bulan sebelum saya berhenti.

Alasan yang saya berikan adalah, selepas 26 tahun bersama Harakah, saya perlukan pengalaman baru. Saya tidak pernah bekerja dengan lain-lain media selain Harakah. Apabila ada peluang, saya perlu memanfaatkannya.

Alasan ini juga saya berikan kepada Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali dan juga penasihat editorial Harakahdaily, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kepada ketiga-tiga mereka saya berkata, "Berilah peluang kepada saya untuk mencari pengalaman dengan media lain selain Harakah. Jika Harakah masih memerlukan saya, beritahu saya selepas dua tahun dari sekarang. Saya yakin ketika itu saya akan lebih baik berbanding sekarang. Itupun jika Harakah masih perlukan saya”.

Mulai 1 September 2013 ini, Pengarang Harakah cetak, Taufek Yahya akan mengambilalih tugas saya sebagai Ketua Pengarang Harakahdaily. Beliau akan memimpin pasukan editorial dan seterusnya menentukan hala tuju media ini.
(Penyerahan rasmi tugas kepada Ketua Pengarang Harakahdaily yang baru, Taufek Yahya dengan disaksikan Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar dan Herman Firdaus, Pengarang Harakahdaily English yang baru)

Sebagaimana saudara-saudari memberikan kepercayaan kepada saya, saya pohon supaya perkara yang sama diberikan kepada saudara Taufek.

Kepada kakitangan Harakahdaily, saya ucapkan selamat berjaya dan yakinlah apabila kita buat sesuatu dengan hati yang penuh ikhlas kerana Allah dan tugas yang diamanahkan, Allah akan bersama kita walaupun pelbagai badai datang melanda.

Kepada pemimpin PAS dan kakitangan Harakah keseluruhannya, terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan tugas selama 26 tahun ini.

Kepada pembaca, peminat dan pengkritik Harakahdaily, terima kasih banyak. Kerana anda semualah kejayaan dicapai oleh Harakahdaily dengan izin Allah jua.

Selamat membaca dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.

Zulkifli Sulong
Rawang
29 Ogos 2013.

Siapa Dr Hatta Ramli




Dengan jawatan yang dipegangnya dalam Pas selaku pengarah Pilihanraya Pas Pusat membolehkannya berperanan besar dalam menyusun atur calon-calon yang bertanding dan nego yang berlaku dalam PR..



Monday, 26 August 2013

Anwar Ibrahim dan UG

Sekarang depa pula nak UG.. 




Patutlah banyak kes tembak sekarang..


Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastamsendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. 

Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~the malaysian insider

Friday, 23 August 2013

Al Quran Ungkap Laut Dua Warna di Selat Gibraltar

Al Quran Ungkap Laut Dua Warna di Selat Gibraltar


gibraltar_mapSelat gibraltar, mungkin nama tersebut sudah tidak asing di telinga anda. Tapi tahukah anda bahwa Laut di Selat Gibraltar memiliki dua warna?
Dalam Alquran, laut dua warna itu sudah dijelaskan dalam surah Ar-Rahman ayat 19-22, dan Al-Furqon ayat 53.
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” (QS Ar-Rahman (55): 19-22).
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (QS Al-Furqan : 53)
Jangankan bagi masyarakat awam, kalangan akademisi pun takjub dibuatnya. Sebab, keberadaannya penuh dengan keajaiban. Bagaimana mungkin satu laut ditemukan dua warna yang berbeda? Tapi, itulah faktanya. Setelah mencermati dan mengkaji secara saksama keterangan Alquran, para ilmuwan berhasiol mengungkapkan keberadaannya, yakni di Selat Gibraltar yang menghubungkan antara Lautan Mediterania dan Samudera Atlantik serta memisahkan Spanyol dan Maroko. 
Nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab Jabal Thariq yang berarti gunung Thariq. Nama ini merujuk pada Jenderal Muslim Thariq bin Ziyad yang menaklukkan Spanyol pada tahun 711.

Di Selat Gibraltar itu terdapat pertemuan dua jenis laut yang berbeda warna. Seperti ada garis pembatas yang memisahkan keduanya. Satu bagian berwarna biru agak gelap dan pada bagian lain tampak lebih terang.

Menurut penjelasan para ahli kelautan seperti William W Hay, guru besar Ilmu Bumi di Universitas Colorado, Boulder, AS dan mantan dekan Sekolah Kelautan Rosentiel dan Sains Atmosfer di Universitas Miami, Florida AS, serta Prof Dorja Rao, seorang spesialis di Geologi Kelautan dan dosen di Universitas King Abdul-Aziz, Jeddah, air laut yang terletak di selat Gibraltar tersebut memiliki karakteristik yang berbeda, baik dari kadar garamnya, suhu maupun kerapatan air laut.

Dan seperti dijelaskan dalam surah Al-Furqan [25] ayat 53, yang satu bagian rasanya tawar dan segar, sedangkan bagian lain rasanya asin lagi pahit. Dan antara keduanya, tak pernah saling bercampur (bersatu satu sama lain), seolah ada dinding tipis yang memisahkannya.
Pembatas
Hebatnya lagi, kedua laut itu dibatasi oleh dinding pemisah. Bukan dalam bentuk dinding tebal, pembatasnya adalah air laut itu sendiri. Dinding pemisah itu bergerak di antara dua lautan dan dinamakan dengan front (jabhah) yang memisahkan antara dua pasukan. Dengan adanya pemisah ini setiap lautan memelihara karakteristiknya sehingga sesuai dengan makhluk hidup (ekosistem) yang tinggal di lingkungan itu.

Pada tahun 1873 M/1283 H, para ilmuwan dari tim peneliti Inggris, dalam ekspedisi laut Challenger, menemukan adanya perbedaan di antara sampel-sampel air laut yang diambil dari berbagai lautan. Dari situ manusia mengetahui bahwa air laut berbeda-beda kondisinya satu dengan yang lain, baik dalam hal kadar garam, temperatur, berat jenis, dan jenis biota lautnya.

Melalui ratusan ‘stasiun laut’ yang dibuat, para ilmuwan menyimpulkan bahwa perbedaan karakter tersebut mendeterminasi satu lautan dengan yang lainnya. Namun mereka masih mempertanyakan, mengapa tidak bisa bercampur?

Pertama kali muncul jawaban itu di lembaran buku-buku ilmiah pada tahun 1942 M / 1361 H. Studi yang mendalam tentang karakteristik lautan menyingkap adanya lapisan-lapisan air pembatas yang memisahkan antara lautan-lautan yang berbeda-beda, dan berfungsi memelihara karakteristik khas setiap lautan dalam hal kadar berat jenis, kadar garam, biota laut, suhu, dan kemampuan melarutkan oksigen.

Setelah tahun 1962 diketahui fungsi batas-batas laut tersebut dalam ‘mengolah’ aliran air laut yang menyeberang dari satu laut ke laut yang lain sehingga laut yang satu tidak melampaui laut yang lain. Dengan demikian lautan-lautan tersebut tidak bercampur aduk karena setiap lautan menjaga karakteristiknya masing-masing dan batas-batas wilayahnya karena adanya pembatas-pembatas tersebut. Dan karena adanya dinding pemisah dan perbedaan warna itu pula, maka hewan yang hidup di laut bewarna kebiruan dan asin, tak bisa hidup di laut yang airnya dengan rasa tawar. Demikian pula sebaliknya. Subhanallah.
(berbagai sumber)

Krisis Bahan api di Mesir

KRISIS BAHAN API TERUS BERLARUTAN

Selepas rampasan kuasa oleh tentera, ternyata krisis bahan api di negara ini terus berlaku. Sebelum ini, semasa pemerintahan Dr. Muhammad Mursi. Mereka menyalahkan beliau tidak tahu mentadbir, menyebabkan bekalan itu terputus. 

Namun selepas tentera mengambil alih. Ternyata masalah sama yang berlaku. Kelihatan puluhan kereta beratur bagi mendapatkan bahan di di Bandar 6 Oktober.

Sumber : Rassd.com

- Allah tunjukkan sekarang. Semasa zaman Dr.Morsi mereka sabotaj. Buang minyak di tepi pantai. Sekarang Allah tunjuk, memang berlaku krisis minyak walaupun tiada siapa yang sabotaj. Rakyat Mesir nak apa lagi?

#prihatinmesir

Thursday, 22 August 2013

Dr Ali Jum'ah hendak dibunuh?


PERANCANGN SISSI PALING JIJIK DIKESAN
(Dr Ali Jum’ah antara yg dicadang bunuh)

Telah banyak kemusnahan ditaja oleh tentera dan polis Mesir dengan tujuan untuk memburu-burukkan jamaah Ikhwanul Muslimin. Kaedah yg sama turut digunakan di Thailand, Filipina, Iraq, Afghanistan, Syria dan lain2. Mereka membakar gereja, sekolah, pejabat kerajaan, balai polis dan sebagainya supaya rakyat menyangka ia dilakukan oleh pengikut Ikhwan. Bahkan beberapa kali mereka mengorbankan puluhan org di kalangan rakan mereka sendiri dlm drama serangan ke atas tentera lalu mereka menuding jari ke arah gerakan Islam. 

Sedangkan masjid mereka berani bakar, orang yang sedang solat Subuh sanggup mereka tembak, apalah sangat nilai nyawa tentera yg dijadikan umpan untuk menuduh dan membuktikan bahawa Ikhwan adalah pertubuhan pengganas. 

Terkini, sumber dari Kementerian Pertahanan mendedahkan senarai tokoh-tokoh yg akan dibunuh bagi meningkatkan kebencian masyarakat kepada Ikhwan. Mereka yang akan dimangsakan ini terdiri dari ahli politik, tokoh agama Islam dan Kristian. Ahli politik yang bakal dibunuh ialah dari parti sekular yang menentang kerajaan Mursi, namun bintang mereka sudah kurang cemerlang. Tokoh agama pula dipilih dari kalangan yang sangat dihormati, tetapi agak cenderung kepada kudeta.

Amat mengejutkan! Tokoh agama yang dicadang untuk dibunuh ialah mufti Dr Ali Jum’ah. Di samping itu 12 org pegawai polis dan tentera serta seorang paderi turut dinamakan sebagai bakal sasaran peluru as Sisi. 

Di sudut yang lain pula, segala tindakan jahat itu akan dijadikan bahan pertuduhan ke atas tokoh-tokoh pejuang khasnya Mursyidul-am Dr Muhd Badi’, Dr Muhd Baltaji, Syeikh Safwat Hijazi, Engineer ‘Asim Abdul Majid (Jamaah Islamiyah) dan beberapa tokoh Hamas.

Walau bagaimanapun diharapkan perancangan ini tidak berjaya. Kumpulan As-Sisi sendiri kini sedang berhadapan dengan krisis dengan kumpulan Subhi Sidqi. Ini kerana Subhi tidak bersetuju dengan pendekatan ganas yang diperkenalkan oleh As-Sisi.

ومكروا ومكر الله......... والله خير الماكرين

Wednesday, 21 August 2013

Pray For Egypt


EL-BARADA'IE AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN PECAH AMANAH

EL-BARADA'IE AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN PECAH AMANAH

Bekas Naib Presiden kerajaan sementara Mesir, Dr. El-Barada'ie bakal di dakwa di mahkamah pada 19 September ini atas tindakan meletak jawatan sebagai Naib Presiden baru-baru ini. Beliau akan di dakwa atas tuduhan pecah amanah atas tindakannya itu.

Beberapa hari lepas, El-Barada'ie meletakkan jawatan selepas tidak bersetuju dengan tindakan tentera dan polis yang menyuraikan himpunan di Medan Rabaah dan Nahdah 14 Ogos lepas sehingga mengorbankan ribuan nyawa rakyat Mesir. Beliau dikatakan telah berlepas ke Qatar sejurus selepas perletakan jawatannya itu.

Sumber : Al-Masry Al-Youm.
#prihatinmesir

Admin: Banyak sandiwara betul mereka ni. Yang lebih patut di dakwa As-Sisi, kerana telah khianat kepada pilihan majoriti rakyat dan juga khianat kepada bosnya. Malah lebih teruk membunuh rakyat, membakar masjid dan mencederakan orang awam.

Teruskan berdoa agar dikalangan mereka sendiri berbalah dan berpecah. Allahumma farriq jam'ahum!! Ya Allah pecah belahkanlah kesatuan mereka.

Kasih ke Syurga


Dr. Badie Musyridul am Ikhwan

Hajah Zainab Al Ghazali menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama Muhammad Abdul Majid Badie, semasa pada awal 20-an dari umurnya, Hajah berkata ,semasa pegawai-pegawai zalim membawa beliau (Dr Badie) datang ke muka pintu sel penjaranya dan mereka mengarahkannya untuk mencaci Hajah Zainab Al ghazali, sejurus itu beliau berkata : Mustahil untuk aku mencaci seseorang yang telah mengajar, mengahafalkan aku kitab Al Quran.

Lantas para pegawai yang zalim menyebatnya hampir seribu sebatan dan beliau tetap teguh dan sabar. Hajah Zainab sangat mengharap beliau akan mencacinya supaya mereka berhenti memukulnya tetapi beliau tidak berbuat demikian!

-----------------------------------

Dr Badie yang kamu (pro As Sisi) gembira dengan penahanannya ini telah menjadi penyokong sejak beliau berumur 21 tahun, dalam lingkungan umur sebaya kita sekarang (penulis) di zaman Abdunnaser, bermakna penyeksaan dan pembunuhan di dalam penjara dilakukan tanpa dibicarakan.

Sahabat-sahabat Dr Badie yang sezaman dengannya, kebanyakan mereka telah pun syahid di dalam penjara Abdunnaser.
sebahagian mereka telah meninggal dunia di depan matanya hasil dari keterlaluan kezaliman dan penyeksaan.

Mereka katakan bahawa beliau telah menjual (rasuah), andai benar -benar beliau hendak menjual, beliau tidak perlu tunggu kamu menyuruhnya untuk berbuat demikian.

Apa sahaja pemikiran beliau yang mungkin bercanggah atau tidak bersefahaman dengan anda, beliau tetap masih berpegang teguh terhadap pendiriannya itu sehingga ke hari ini dan dengan izin Allah sehingga beliau meninggal dunia.

Sekarang orang-orang yang 'mengasihankan' ini gembira dengan penahanannya..
hahaha..
sangat mengasihankan..
Demi Allah aku mengasihani kamu semua.

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم

Kemenangan Tertangguh


Prihatin Mesir | KEMENANGAN TERTANGGUH

Berkata As Syahid Syed Qutb:
Kadang-kadang Allah menangguhkan kemenangan kerana kebatilan yang diperangi oleh umat islam belum terbongkar seluruh keburukkannya kepada manusia.

Jika orang mukmin menewaskan kebatilan pada waktu itu, ia akan mempunyai pengikut yang masih tertipu dengan kebatilan tersebut, masih belum yakin dengan keburukkannya dan keperluan untuk menumbangnya.

Justeru, berterusanlah akar umbinya di dalam jiwa orang baik yabg belum terdedah kebenaran kepada mereka.
Maka Allah mengekalkan kebatilan sehingga terbongkar keseluruhannya kepada manusia dan pergi tanpa ditangisi.

Ps
-Dalam situasi mesir, revolusi 25 januari yang menumbangkan mubarak sebenarnya belum tamat kerana masih ramai yang menganggap tentera baik, tetapi apa yang berlaku sekarang mendedahkan kepada ramai orang siapa sebenarnya tentera itu.

Allah menangguhkan kemenangan hingga terbongkar semua ini dan insyaAllah kemenangan menjelma dalam waktu terdekat.

Thursday, 15 August 2013

antara wajah syuhada'


Jom Like Page ini


Untuk maklumat yang sahih dan segera berkenaan Isu Mesir dan saluran menyampaikan pelbagai bentuk bantuan, sila like dan share page ini:

Antara Wajah Syuhada'


Namanya Habibah, gambar di atas sedetik sebelum syahid. gambar di bawah Selepas dikafankan..antara jenazah yang wangi. Merupakan anak kepada SU akhbar Dr Mursi.

Himpunan mengutuk Kudeta Mesir di seluruh negeri..


Siapa Dalang Kejadian di Mesir

Amerika dan Israel, Zionis adalah  dalang di sebalik kejadian yang menimpa negara umat Islam ini..
Doakan kehancuran Mereka...

Akhbar Mesir Penipu

Balasannya ada wahai penerbit akhbar, wartawan yang menipu..menyiarkan berita palsu..
Jika dunia boleh terlepas..jangan sangka akhirat dan alam kubur boleh terlepas..

Termasuk juga kepada akhbar Malaysia yang menyarkan berita-berita palsu.

Hj Mohd Sabu Syiah?

Isu Syiah yang tak setel lagi..
adakah Tn Hj Mohd Sabu pengikut Syiah?



Pengantin baru yang syahid..

As syahedah yang merupakan pengantin baru..

Himpunan Aman mengutuk Kudeta Mesir


Firaun di zaman ini


.بشار الأسدفي سوريا. السيسي في مصر. ومن ورائهما امريكا والصهيونية العالمية.


Firaun di zaman ini:
Basyar asad d syria. Assisi d mesir. Di belakang mereka Amerika dan zionis antarabangsa.

اللهم عليك بهم فإنهم لا يعجزونك. اللهم افعل بهم كما فعلت بأصحاب الفيل. ترميهم بحجارة من سجيل.


Orang Malaysia yang bodoh di Mesir


Kekejaman askar dan Polis Mesir : lebih kejam dari israel


Di copy dari : http://networkedblogs.com/O6Q3A

Video ini menunjukkan beberapa rakyat Mesir yang dibakar


Pelbagai cara pembunuhan dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri. Bentuk pembunuhan kejam ala syiah di Syria turut dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan ramai orang di Medan Rabiatul Adawiyah. 

TV al=Quds melaporkan 
1. Pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah para syuhada' (bagi melupuskan bukti pembunuhan)

2. Para demostran telah meninggalkan Medan Rabiatul Adawiyah setelah ianya dikuasai sepenuhnya oleh tentera dan polis.

3. Tahaluf Wathani Menyokong Legimitasi: berdasarkan kiraan kami, terdapat 2600 syuhada' yang terkorban sehingga kini di Medan Rabiatul Adawiyah. .
Sementara itu satu maklumat lain mendakwa seperti berikut:
Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera. 

As Syahidah Asmaa Mohamed El Beltagi, anak perempuan El-Beltagi (El Beltagi merupakan antara pemimpin Ikhwan Muslimin), berusia 17 tahun. Beliau mati akibat peluru yang dilepaskan oleh pihak kudeta di Medan Rabiatul Adawiyah ketika proses meleraikan para penyokong demokrasi pagi tadi.



Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan As Sisi dan kuncu-kuncunya


Kerajaan Malaysia sokong Kudeta Haram?


Jika kalian menonton saluran tv3, pasti ikhwan digelar pengganas...

Jika kalian menatap akhbar utusan malaysia,pasti angka korban ikhwan hnya 100 org shj...

Penyokong UMNO memaki hamun Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam FB bila Ustaz minta Malaysia menutup kedutaan di Mesir tanda bantahan. Tapi Belgium dan Ecuador yang bukan Islam lebih awal tutup kedutaan di sana disamping Turki sebagai tanda prihatin. Inilah wajah Islam Malaysia dan sekutunya negara2 OIC.



Masih ada Hakim yang mulia


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

LIKE terharu baca kisah ini