Friday, 7 June 2013

Dr. Talaat Afifi- Kementerian Wakaf Mesir


Kementerian Wakaf Mesir menyusun jadual kuliah agama di 30 buah masjid di Kaherah dan Giza dengan penglibatan lebih 30 orang ulamak bagi mensasarkan warga Mesir celik agama. 

Memang tepat pelantikan menterinya Dr.Talaat Afifi menduduki kementerian tersebut hingga begitu aktif mengimarahkan masjid walaupun beliau dituduh "cuba mengIkhwankan" kementerian dan masjid. Lihat di mana-mana masjid di bawah kementerian sudah banyak kelas pengajian dan kuliah di susun yang diisi oleh ulamak-ulamak terkenal. Syeikh Yusuf Qardhawi sendiri diundang sebulan sekali bagi berkhutbah di masjid bawah kementerian Wakaf. Cuma akhirnya terserak kepada rakyat Mesir sendiri samaada mahu menambah bekalan akhirat atau selesa dengan kejahilan tentang agama mereka sendiri. 

Pada zaman Mubarak masjid tidak dibenarkan kecuali untuk solat.

Dr.Talaat juga baru-baru ini bertegas dengan keputusannya untuk tidak mengizinkan pelancong dari negara Iran menziarahi Masjid Ahlul Bait bagi mengekang penyebaran Syiah di Mesir. 

Semoga Allah membantu Dr.Talaat Afifi dan pegawai bawahannya.

No comments:

Post a Comment