Pertemuan Gelap DSAI-NAJIB: Anwar dan
Pro-Anwar Gilakan Kuasa
Penulis: Abu Ammar
Gila jawatan... Perkataan ini adalah
paling sesuai untuk menggambarkan sikap terlalu obses Ketua Umum PKR Dato' Seri
Anwar Ibrahim (DSAI). PRU-13 adalah pertempuran all-out DSAI bagi mencapai
cita-cita tinggi beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam.
Begitu juga para pengikutnya dalam PKR,
sangat teruja dengan gelombang politik DSAI dan berharap mendapat tempat dalam
kerajaan baru yang bakal dibentuk. Tidak ketinggalan bagi para pengikutnya
dalam gelap dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang pro beliau
menanti-nantikan jawatan penting dalam kabinet DSAI yang bakal dibentuk.
Tidak hairanlah pertemuan demi
pertemuan antara DSAI dan Dato' Seri Najib Tun Razak (NAJIB) dirancang dalam
gelap. DSAI yang begitu yakin kemenangannya pada PRU-13, terlalu ingin
memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri.
Justeru, DSAI beberapa kali memujuk NAJIB menandatangani perjanjian agar
bersedia berundur diri. Pertemuan ini bukan sahaja melalui mantan Naib Presiden
Indonesia Jusof Kalla tetapi melalui pemimpin tertinggi sebuah negara Timur
Tengah.
Namun, PRU-13 sekali lagi mencatat
sejarah kekalahan DSAI mencapai impiannya. DSAI dan para pendokongnya semuanya
sekali tergamam kekalahan ini. Rentak bersemangat memegang tampok kerajaan dan
jawatan menjadi hampa. Segala keringat telah disalurkan. Persoalan yang timbul
di minda, adakah kesempatan ini dapat berulang kembali pada PRU-14 pula atau
setakat ini sahaja yang mereka mampu?
Sekali lagi isu pertemuan gelap DSAI
dan pro-Anwar dengan pemimpin BN dirancang oleh DSAI melalui Jusof Kalla dan
pemimpin tertinggi Arab. Tentu sahaja isi kandungan selepas PRU-13 tidak sama
dengan sebelumnya. Selepas PRU-13, rancangan DSAI memujuk NAJIB agar dapat
membentuk kerajaan perpaduan (UG) yang ditaja oleh DSAI sendiri.
Berita ini paling sensasi. Hangat
kerana ditimbulkan oleh Jusof Kalla. Pertemuan ini membabitkan DSAI dan NAJIB.
Tetapi Jusof Kalla menolak pertemuan ini kerana perjanjian bertulis dahulu
tidak ditepati oleh DSAI. Begitu juga NAJIB menolak kerana NAJIB tidak mahu
bantuan DSAI. NAJIB hanya mahu bantuan PAS.
Geram dengan kegagalan ini, DSAI sekali
lagi mengatur pertemuan gelap melalui Amir (ketua) dari negara Arab yang mampu
menggerakkan idea dan pandangan menghalalkan DSAI menjayakan UG. Amir tersebut
diminta menggunakan para ulama tersohor agar UMNO dan PKR bersatu demi kesatuan
Islam. Mungkin juga sokongan Prof Dr Yusof al-Qardhawi akan digunakan lagi.
Melalui idea kesatuan inilah, UG yang dipelopor oleh DSAI dapat direalisasikan.
Namun, sekali lagi NAJIB menolak
tawaran DSAI. Walaupun DSAI menjanjikan bahawa pengikut-pengikutnya dari PAS
yang pro-Anwar akan mengikutnya. NAJIB menolak tawaran pakej DSAI ini lalu
menghantar menterinya Jamil Khir berbincang dengan PAS di Kelantan agar PAS bersama
UMNO.
PAS pula berpendirian teguh dan
menegaskan kepada NAJIB bahawa PAS hendak menjadi pembangkang yang kuat
meskipun pro-Anwar akan meninggalkan partinya. PAS bertegas walaupun sebahagian
besar ahlinya melompat parti ke PKR sekalipun, PAS berpendirian memperkasakan
agenda Islam walaupun pengikutnya hanya tinggal para ulama dan profesional yang
memberi wala' kepada kepimpinan ulama sahaja.
Inilah perjuangan PAS bukan berebut
kuasa dan jawatan di dunia. Andainya ada pemimpin PAS yang cenderung menghina
dan memburukkan presidennya dan kepimpinan ulama, PAS rela membiarkan mereka
melayari bahtera bersama DSAI mahupun bersama BN.
No comments:
Post a Comment