Tuesday 2 September 2014

Bienda Kahwin

diambil dari : http://epietemerloh.blogspot.com/


pc bienda weding...










Friday 18 July 2014

Permaisuri Bertudung

copy dari : http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2011/12/permaisuri-bertudung.html

Permaisuri Bertudung...

Seperti yang kita tahu,Permaisuri yang bertudung yang diketahui ramai ialah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Mantan Tengku Permaisuri Selangor Permaisuri Siti Aishah.Namun terdapat beberapa orang permaisuri yang memakai tudung antaranya Almarhum Tengku Ampuan Bariah yang bertudung setelah bergelar Tengku Ampuan Terengganu.Dua orang lagi adalah permaisuri yang bertakhta bukan pada zaman kita.Mereka ialah Almarhum Tengku Ampuan Jemaah dan Almarhum Raja Perempuan Taayah.Namun,gambar2 rasmi Tengku Ampuan Jemaah tidak menunjukkan baginda memakai tudung.Tapi,dari maklumat yang diperolehi baginda memang memakai tudung.Berikut senarai dan gambar permaisuri yang memakai tudung.

DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah,D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),S.S.M.Z.,S.S.M.T.,Grand Cordon Of Chula Chom Kalo (Tahiland).



Diputerikan pada 07 Disember 1973 di Kedah sebagai Cik Rozita bt Adil Bakeri. Berkahwin dengan DYMM Tuanku Mizan pada 28 Mac 1996. Pada waktu ini Tuanku Mizan adalah Yang DiPertuan Muda Terengganu. Dimasyhurkan sebagai Permaisuri Terengganu pada 12 Julai 1998 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Nur Zahirah, Permaisuri Terengganu. Walau bagaimanapun gelaran berkenaan telah ditukar kepada gelaran yang baru pada 05 Jun 2006 dan Baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.


YAM Pemaisuri Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman,D.K.,D.M.N.,D.A.(Sarawak),Grand Cordon Of Chula Chom Klao (Thailand).



 
Diputerikan pada 18 November 1971 di Kuala Lumpur sebagi Siti Aishah bt Abdul Rahman. Selepas berkahwin dengan Sultan Selangor, DYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 03 Mei 1990 dalam usia 19 tahun, Baginda menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Besar Selangor Siti Aishah. Pada 24 Oktober 1998 Baginda telah dilantik sebagai Tengku Permaisuri Selangor dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah dalam satu istiadat perlantikan yang diadakan di Balai Rongseri Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Pada 26 April 1999 dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong X1, Tuanku Siti Aishah. Walau bagaimanapun Baginda tidak dapat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Raja Permaisuri Agong kerana Suaminya, DYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mangkat pada 21 November 2001. Baginda sempat menjadi Raja Permaisuri Agong selama tempoh dua tahun enam bulan sahaja.


Almarhum YMM Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj,D.K.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,D.K.1.,D.K.11.(Selangor).


Diputerikan pada 31 Ogos 1933 di Istana Besar Klang SelangorBertemu jodoh dengan DYMM Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin pada 22 Mac 1951 ketika baginda berusia 18 tahun.Namun perkahwinan baginda berdua tidak dikurniakan zuriatTiga tahun selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud,Tengku Ampuan Bariah telah dikurniakan gelaran YTM Tengku Puan Muda Terengganu pada tarikh 7 April 1954.Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Ismail pada 1979,Sultan Mahmud ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang baru.Adat istiadat pertabalan Tengku Ampuan Bariah sebagai DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu telah disempurnakan  pada 20 September 1979.Baginda menduduki takhta Terengganu selama lebih kurang 19 tahun sehinggalah kemangkatan Almarhum Sultan Mahmud pada tahun 1998.
  
 Almarhum Tengku Ampuan Selangor Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad,D.K.


Tengku Ampuan Jemaah diputerikan pada tahun 1900 di Bandar Temasha Kuala Langat.SelangorPada tahun 1920,ketika baginda berusia 20 tahun,Tengku Ampuan Jemaah telah mendirikan rumah tangga dengan Almarhum DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah.Ketika itu Sultan Hisamuddin merupakan pengiring diraja kepada Sultan Alaedin.Tengku Ampuan Jemaah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Selangor pada tarikh 26 Januari 1939 ketika baginda berusia 39 tahun.Namun suami baginda diturunkan takhta pada zaman pendudukan Jepun.Jawatan baginda diambil alaih oleh Permaisuri Sharifah Mastura.Namun,setelah British kembali,Takhta Selangor telah dikembalikan kepada baginda berdua.Baginda menduduki takhta kerajaan Selangor sebagai Tengku Ampuan selama lebih kurang17 tahun.




Almarhum DYMM Raja Perempuan Taayah Binti Almarhum Raja Abdul Hamid.


Raja Perempuan Taayah diputerikan pada tahun 1892.Mendirikan rumah tangga dengan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin pada 21 Mac 1912 ketika usia 20 tahun.Menjadi Raja Perempuan Perak sehingga kemangkatan baginda pada 18 Februari 1962.Merupakan Permaisuri terawal yang memakai tudung semasa menjalankan tugas sebagai Raja Perempuan.

Sebagai tambahan,saya selitkan juga senarai Puteri-Puteri Raja yang memakai tudung dengan sempurna.Antaranya Tengku Puteri Utama Perlis,Tengku Puan Pahang dan lain-lain lagi.
 
YTM Tengku Puteri Utama Perlis Dato' Seri Diraja Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,D.K.(Perlis),S.S.P.J.


YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis Dato' Seri Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


YAM  Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.


YAM Tunku Deborah Binti Almarhum Tuanku Munawir,D.K.Y.R.


DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar,D.K.(Pahang),D.K.(Johor),S.P.M.J. 


YAM Tengku Amalin Aishah Putri Binti Sultan Ismail Petra.


Tuesday 15 July 2014

Tayang Lutut



CDM25 Biadab

CDM25 Pemilik Kerja Kahwin Sdn.Bhd di Serang di Media Sosial

Menerusi www.hasrulhassan.com hari ini Video Wanita Peugeot CDM25 terlajak biadap telah menjadi viral di laman sosial terutama Facebook dan trending di Twitter. Kejadian yang sungguh memalukan ini dirakam oleh salah seorang saksi kejadian dan telah dimuat-naik ke Facebook. Agak malang sekali, apa yang diperlakukan oleh wanita dengan nombor plet kereta CDM25 ini menjadi tontotan seluruh rakyat Malaysia.



Kejadian dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan, dipercayai pada 14 Julai 2014. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jesicca Qi dengan caption tertulis Yesterday at the Kuantan Miss captured a very red == "you help her".




Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi, namun kebanyakkannya menyesali perbuatan atau reaksi yang diperlakukan oleh wanita tersebut. Apa yang dipertunjukan oleh wanita tersebut seperti histeria dan hilang pertimbangan memarahi dan bersikap biadap kepada lelaki tua yang berkali-kali memohon maaf atas ketidaksengajaan yang terjadi.
Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar

Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.

Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd.

Pemilik kenderaan Peugeot ini seorang wanita seperti terkena histeria mengamuk ke arah kereta yang melanggar bahagian belakang keretanya. Lebih menggemparkan ialah wanita itu membawa stereng kereta, mengetuk-ngetuk kereta yang dinaiki seorang lelaki tua berbangsa Cina yang tidak sengaja melanggar dari belakang. Perlakuan wanita itu tidak ubah seperti samseng dan amat memalukan. 

Facebook dan Instagram Kerja Kahwin Dikaitkan Dengan Wanita Peugeot CDM25




Facebook Peribadi Pemilik CDM25 Tutup

Kemungkinan besar Facebook dimiliki oleh wanita ini telah diserang oleh komen-komen dari pengguna lain yang berang dan tidak puas hati dengan apa yang telah diperlakukan oleh pemilik Kerja Kahwin Sdn. Bhd ini. Dan saya fikirlah, tak lama lagi mungkin Facebook Kerja Kahwin juga akan tidak wujud setelah ternampakkan beberapa komen ke fanpage tersebut.

Agak tidak wajar tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut, apatah lagi setelah lelaki tua itu berkali-kali memohon maaf dan menyatakan hasrat akan membayar ganti rugi. Lagipun, kemalangan ini hanyalah kemalangan kecil yang tidak sepatutnya membawa kepada watak histeria wanita pemilik CDM25.


Apa yang boleh dilakukan oleh wanita ini supaya dirinya tidak lagi diserang oleh warga siber ialah memohon maaf atas kesilapannya. Dan saya pasti, seandainya wanita ini mahu kelangsungan bisnes Kerja Kahwin yang dipromosikannya, permintaan maaf secara terbuka amatlah wajar sekali.

Tuesday 8 July 2014

Ziana Zain bertudung di bulan Ramadhan

Sumber : Beatifulnara
Anak sulung Ziana Zain yang bernama Aiman ini. Baru berusia 14 tahun, Aiman yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam sering menasihati ibunya agar menutup aurat dengan memakai tudung. Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati yang terbuka. 
Kata Ziana Zain menerusi portal GUA:-
Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana


ziana zain berhijrah
Cantik kan bila Ziana Zain bertudung? Nampak makin berseri-seri. Tidak mahu peminatnya tertanya-tanya, Ziana Zain tampil menerusi portal Murai menerangkan tentang imejnya di dalam gambar tersebut. Rupa-rupanya sudah menjadi kebiasaan untuk Ziana Zain memakai tudung di bulan Ramadhan ketika menghantar anak-anaknya ke sekolah. Kata Ziana Zain:-
Inilah pesanan (pakai tudung di bulan Ramadhan) yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan.

Thursday 26 June 2014

Gambar Mohd Firdaus Dullah-Remaja OKU yang terbiar

Ambil dari : http://www.jaakechik.com/2014/06/gambar-remaja-oku-sebelum-terbiar-copy.html

22 June 2014

Gambar Remaja OKU Sebelum Terbiar (Copy Dari FB Mak Dia)




gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,

gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,

gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,


Gambar-Gambar Adik Muhammad Firdaus iaitu Remaja OKU yang terbiar ini jaa amik dari Facebok milik mak dia. (http://www.facebook.com/imashima.lola) jaa dapat tahu facebook milik mak dia ni dari FB jugak... ramai yang share link FB mak dia ni, di kotak komen Pages Metro Harian Online.

Pada pandangan jaa, agak comel juga Adik Firdaus ni semasa kecilnya, putih dan agak berisi. bukan jenis kurus kering sejak azali. hrrmm.. bagai langit dengan bumi kalau nak tengok dengan pic dia yang tersebar sekarang ni. sangat tragis dan memilukan hati.


 


Jaa pada mulanya tak percaya juga, itu adalah Facebook Ibu Muhammad Firdaus ni, tapi bila di belek-belek gambar dalam album FB mak dia tu, memang sah ianya betul. cuba korang perhatikan kerusi roda di dalam gambar atas ni (yang aku bulatkan), nampak sama kan dengan kerusi roda di pic pertama entry ini???

gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,


gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,


Dan ini antara gambar-gambar perkongsian Mak Firdaus ni di FB - Imashima Lola. jaa malas pulak nak save dan upload satu demi satu. jaa printscreen semua je terus.... gambar-gambar atas ni, menunjukkan mereka ini agak saling menyayangi juga kan? seperti bahagia sahaja...




Tapi mengapa begini kesudahannya??


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... apapun seperti yang jaa tulis di post pertama pagi tadi KAT SINI, sama-sama kita doakan kesejahteraan budak ni. semoga dia cekal dan tabah untuk meneruskan hidup. apa jua alasan mak dia, biarlah dia tanggung... Allah saja yang tahu semua cerita sebenar...

Kita doakan yang terbaik untuk mereka. jangan terlalu ikutkan perasaan mencerca dan maki hamun.. menegur biarlah berhemah, memberi komen biarlah beradab, jangan kita pula terpalit dosa kerana dengan umpat keji terhadap mereka... Allah ada, biar mereka jawab dengan Allah nanti... 

INGAT, Jadikan Tauladan. Wallahualam.

Thursday 19 June 2014

Seksi tanpa disedari?







Wednesday 18 June 2014

Kerana air tayang betis..














Monday 7 April 2014

BOMOH HUJAN

BOMOH HUJAN.. LAYAN 

Friday 14 March 2014

Batu Terapung


Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]

Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, aku rasa ia satu kewajipan untuk aku sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak?
Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Nampak?
Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..

Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj