Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

15 Mei 1948 : Peristiwa Hitam Umat Islam

Nakbah Palestin : 15 Mei 1948.



Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu

JOM Kita berusaha untuk bantu saudara-saudara kita paling kurang berdoa buat mereka..

15 Mei juga merupakan hari belia negara...So buat belia-belia...Selamat berhari belia...
Walaupun Usia masih Belia..TAPI kena matang dan cakne isu semasa.. 

Sunday, 26 August 2012

Menteri Mesir dedah nama

Sebagaimana yang didedahkan dari sumber tentera Mesir, Menteri Pertahanan Mesir akan mengumumkan dalam masa beberapa jam lagi nama-nama mereka yang terjebak dalam serangan Rafah yang mengakibatkan 16 orang tentera Mesir terkorban.

Sumber:
26/08/2012, web berita Safa.ps

Warga Zionis cedera

Seorang warga zionis mengalami kecederaan pada pagi Ahad, 26/08/2012 ekoran 3 serangan roket yang gugur di penempatan haram 'Sderot' yang terletak setentang dengan sempadan Semenanjung Gaza dari arah utara. Jelas sumber, antara kawasan yang menjadi sasaran di She'er Henegev, barat Naqab.

Web-web berita Israel menyebut, dua dari serangan roket terbabit dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur berhampiran dua buah kilang, lantas mengakibatkan kebakaran di salah sebuah kilang tersebut. Namun, sumber tidak memperincikan kerosakan.

Sebaik sahaja selepas dua roket, satu lagi serangan roket, menurut radio zionis telah gugur di kawasan lapang di An-Naqab tanpa mengakibatkan kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Sehingga kini, tidak ada mana-mana pihak Palestin yang mengumumkan melancarkan serangan roket. Pun begitu, serangan ini ketikamana tentera rejim zionis kerap melakukan pencerobohan di sempadan Semenanjung Gaza, operasi meratakan tanah-tanah pertanian, operasi mengesan dan melepaskan tembakan rambang.

Sumber:
26/08/2012, web berita Safa.ps-
Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)