Wednesday 19 September 2012

BANTAH Filem Innocence of Muslims




Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube. 

Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.
Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’(penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Times of Israel" melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.

"Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan," kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.


No comments:

Post a Comment