Friday 14 March 2014

Cerita Kapal terbang hilang 35 tahun..adalah tipu?


Penafian kisah kapal terbang yang hilang selama 35 tahun oleh : 
http://blogserius.blogspot.com/2014/03/mytbusters-menyelongkar-mitos-pesawat.html




1. Dalam laporan asal kejadian berlaku pada tahun 1946 bukannya 1945. Sebuah pesawat Lockheed Constellation dikatakan hilang ketika dalam perjalanan dari Rio De Janiero ke Havana Cuba.

2. Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980. Perbezaan hilang selama 47 tahun ataupin 35 tahun bergantung kepada cerita mana yang anda mahu percaya.

4. Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi penumpang yang kini hanya tinggal rangka.

Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation. 

Kepada yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.



Senarai penuh kesemua kecelakaan melibatkan Lockheed Constellation boleh anda akses melalui pautan ini. Diantara 1945-1946 berlaku 6 insiden kemalangan melibatkan pesawat ini. Kesemua melibatkan kemalangan yang berlaku di Amerika Utara melibatkan pesawat milik Pan Am, TWA Airline dan sebuah milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kesemua pesawat yang terhempas berjaya ditemui.Tiada yang hilang. 

TIADA insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai 16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah lagi insiden berlaku pada tahun1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk. Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.

Jadi terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.

Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak  1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana. 

No comments:

Post a Comment