Sunday 26 August 2012

Warga Zionis cedera

Seorang warga zionis mengalami kecederaan pada pagi Ahad, 26/08/2012 ekoran 3 serangan roket yang gugur di penempatan haram 'Sderot' yang terletak setentang dengan sempadan Semenanjung Gaza dari arah utara. Jelas sumber, antara kawasan yang menjadi sasaran di She'er Henegev, barat Naqab.

Web-web berita Israel menyebut, dua dari serangan roket terbabit dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur berhampiran dua buah kilang, lantas mengakibatkan kebakaran di salah sebuah kilang tersebut. Namun, sumber tidak memperincikan kerosakan.

Sebaik sahaja selepas dua roket, satu lagi serangan roket, menurut radio zionis telah gugur di kawasan lapang di An-Naqab tanpa mengakibatkan kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Sehingga kini, tidak ada mana-mana pihak Palestin yang mengumumkan melancarkan serangan roket. Pun begitu, serangan ini ketikamana tentera rejim zionis kerap melakukan pencerobohan di sempadan Semenanjung Gaza, operasi meratakan tanah-tanah pertanian, operasi mengesan dan melepaskan tembakan rambang.

Sumber:
26/08/2012, web berita Safa.ps-
Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

No comments:

Post a Comment