Dr.
Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM –
juga
dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah
Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam
dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United
Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau
merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang
tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.
Biodata
Beliau
-Nama:
Muhammad Afifi Al-Akiti
-Tempat
Lahir: Batu Gajah,Perak
-Pernah
dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland
-Tersenarai
pendek dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar
dalam ilmu pendidikan
islam.
-Dilantik
menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.
-Tahun
2010, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri
Perak,Pengistiharannya telah
disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
Pendidikan:
-Mendapat
pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.
-Menyambung
di beberapa pondok sekitar Indonesia,Maghibi dan Syria
-Melanjutkan
pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di
Universiti Queen)
-Meneruskan
perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti
Oxford.
Dr
Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya
memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima
ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula
dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian
beliau ke tahap yang lebih tinggi.
Ketika
mana menuntut di Universiti Oxford, beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah
dalam bidang falsafah Arab Pertengahan (Medieval) sebagai seorang cendekiawan
Clarendo pada tahun 2008. Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi
Islam, Sejarah dan Sains.
Hasil
tesis yang begitu mengkagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang
digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam
termasyur, Imam Ghazali(d,505,1111). Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih
dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman
pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang
dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari
korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
Beliau
telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua
bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat.
Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau
memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.
Kepetahannya
berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk
berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah
bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.
Subhanallah,Allah
yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah
membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu
muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan
sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.
Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ini merupakan lulusan sekolah
pondok yang berjaya mencapai kecemerlangan pendidikannya sehingga menjadi
bangsa Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah seorang tenaga
pengajar di universiti berprestij dunia itu.(siapa kata sekolah pondok tiada
masa depan?)
Pada
2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak
di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".
No comments:
Post a Comment