Wednesday, 22 May 2013

Israel Dalang Culik 6 askar Mesir


ISRAEL, DAHLAN DALANG PENCULIKAN 6 ASKAR MESIR DI SINAI

Hari ini masuk hari kelima pintu utama sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir-Gaza ditutup disebabkan mogok para tentera dan polis sebagai bantahan atas penculikan 6 orang rakan mereka beberapa hari lalu oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. 

Dilaporkan pagi tadi beberapa ketumbukan tentera Mesir bersama-sama kereta perisai dan diawasi oleh beberapa buah helikopter tentera telah memasuki kawasan Kampung Syeikh Zayed, lokasi tentera tersebut ditempatkan. Syeikh Zayed terletak beberapa kilometer dari bandar Arish, ibu negeri Sinai utara. 

Presiden Mesir Dr.Mursi dikritik kerana dilihat lambat bertindak bagi membebaskan mangsa culik. Pejabat Presiden bagaimanapun menafikan kerana tindakan membebaskannya perlu dibuat secara berhati-hati bagi memastikan nyawa mereka selamat. 

Sehingga hari ini, tiada kenyataan rasmi siapa dalang yang melakukan penculikan ini tetapi beberapa sumber Ikhwan mendapati, ia didalangi oleh Israel yang bekerjasama dengan Mohammad Dahlan, bekas pemimpin Fatah di Tebing Barat bagi memastikan Mesir terus tidak aman dan rakyat yang tidak mendapat maklumat tepat akan terus menuding jari kepada Mursi. Ramadhan tahun lepas 16 askar Mesir dibunuh sewaktu menjelang maghrib dan Israel disahkan menjadi dalang serangan tersebut. 

No comments:

Post a Comment