Thursday 27 June 2013

Arahan Presiden Mursi


TUJUH keputusan dan arahan Presiden Mursi dalam ucapannya 26 Jun 2013: 

1) Mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim memerangi kumpulan perusuh dan samseng upahan di jalan-jalanraya di Mesir. 

2) Membentuk "Jawatankuasa Bebas" bagi meminda perlembagaan yang akan dianggotai oleh semua parti-parti politik. Semua cadangan dari pindaan ini akan dibincangkan oleh Dewan Rakyat pada persidangan pertama mereka kelak. 

3) Mengarahkan semua menteri dan gabenor wilayah untuk memecat semua mereka yang terlibat dalam "krisis ciptaan" dalam tempoh seminggu. 

4) Menarik balik lesen dari pemilik stesen syarikat petrol yang menyembunyikan jualan minyak.

5) Menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk menguruskan stesen-stesen minyak yang ditarik lesen mereka kerana kesalahan di atas. 

6) Mengesyorkan kepada gabenor wilayah untuk melantik para pembantu mereka dari kalangan pemuda yang berusia kurang dari 40 tahun dalam tempoh 4 minggu bermula sekarang. 

7) Mewujudkan Jawatankuasa Tertinggi Perundingan Kebangsaan yang akan dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment