Thursday 27 June 2013

Tentera Mesir Stnby hadapi 30 Jun


Angkatan Bersenjata Mesir adalah institusi yang amat dihormati dan disayangi oleh rakyat. Rakyat tidak pernah melupakan bagaimana mereka yang bersama-sama rakyat bersatu bagi menjayakan Revolusi 25 Januari dengan menjaga keselamatan rakyat di Tahrir. Laungan "As-Sya'ab wal geisy id wahdah" iaitu "Rakyat dan tentera di atas tangan yang satu". 

Menjelang 30 Jun ini, tentera telah mula kelihatan di beberapa bangunan kerajaan dan dataran-dataran utama bagi memastikan keamanan pada 30 Jun ini. 

Rakyat Mesir yakin, ketaatan dan kesetiaan tentera kepada negara, maka tentera yang diketuai oleh Abdul Fattah As-Sisi sebagai Menteri Pertahanan sama sekali tidak akan berpihak kepada mana-mana parti politik dan turunnya mereka pada 30 Jun ini sebagai pelindung kepada keamanan negara. 

Semoga Allah memberi kekuatan kepada tentera Mesir yang disifatkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai "khaira ajnadin fil Ardh". 

No comments:

Post a Comment