Thursday 27 June 2013

Krisis Minyak Petrol di Mesir angkara siapa?


HAKIKAT 'KRISIS' PETROL

Bukan minyak tiada tetapi pemilik stesen menyembunyikan minyak dari dijual. 

Hanya beberapa jam selepas Presiden Mursi menyampaikan ucapan, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri wilayah Iskandariah dengan kerjasama polis wilayah berjaya menumpaskan percubaan sebuah stesen minyak di kawasan At-Tobiyah yang menyembunyikan 16,000 liter petrol.

Ini bermakna stesen minyak tersebut merupakan yang pertama ditarik lesen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkuasa bertindak menguruskan stesen tersebut, sebagai melaksanakan arahan Mursi dalam ucapannya sebentar tadi. 

Saya yakin selepas ini, tiada lagi kenderaan beratur panjang bagi mengisi minyak. Pemilik stesen minyak sekarang hanya ada dua pilihan, sama ada mengembalikan hak dengan menjual minyak seperti biasa atau berhadapan tindakan ditarik semula lesen. 

Kenapa tidak? Di seluruh Mesir terdapat lebih 60,000 orang pemilik stesen minyak merupakan orang kanan Mubarak. Jadi rancangan mereka menyembunyikan minyak bagi menaikkan kemarahan rakyat kepada Mursi lalu 30 Jun nanti, mereka yang tidak tahu hujung pangkal 'krisis rekaan' ini akan mengamuk. 

Mereka merancang dan Allah juga merancang. Bukankah Allah sebaik-baik perancang?


No comments:

Post a Comment