Tuesday 6 August 2013

10 imam Masjidil Haram


10 Imam Masjidil Haram:
1. Syeikh DR Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais
syiekh sudais
NAMA: Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais
TAHUN LAHIR: Tahun 1382H/1961M
TEMPAT LAHIR: Riyadh Arab Saudi
PENDIDIKAN: Berjaya menghafaz al Quran pada usia 12 tahun..Menamatkan pendidikan dasar di Al-Munatha bin Harits dengan cemerlang dan berkelulusan sarjana Syariah Universiti Riyadh
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram,Khotib Masjid al-Haram,Pensyarah UMM QURA UNIVERSITY (Universiti Islam Makkah) dan beliau telah dilantik sebagai pengerusi kepada 2 masjid mulia iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi bagi menggantikan Syeikh Soleh Al-Hosain.
2. Syeikh DR.Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim
syiekh suraim
NAMA: Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim
TAHUN LAHIR: Tahun 1386 H
TEMPAT LAHIR: Riyadh Arab Saudi
PENDIDIKAN: Lulusan usuludin Universiti Islam Imam Muhammad bin Su’ud di Riyad..Menyambung pengajian diperingkat sarjana di Ma’had ‘Ali lilqodho(bidang kehakiman) dan pada tahun 1416H beliau menyambung pengajian ke peringkat PHD di Universiti Ummul Quro Makkah dalam bidang feqh.
Beliau baru sajaha meraih gelaran Profesor dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.
PEKERJAAN TERKINI:
•Dilantik sebagai pensyarah di Ma’had ‘Ali lilqodho pada tahun 1410 H.
•Dilantik sebagai Imam dan Khotib di Masjidil Haram pada tahun 1412 H.
•Dilantik sebagai Hakim di Mahkamah tinggi Makkah pada tahun 1413 dan beliau meletakkan jawatan pada tahun 1418.
•Pada tahun 1414 H beliau dilantik sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram selain itu beliau juga adalah pensyarah di jurusan kehakiman fakulti Syariah Universiti Ummul Quro Makkah.
3. Syeikh DR.Shalih bin Abdillah Alu Humaid
Syeikh DR.Shalih bin Abdillah Alu Humaid
NAMA: Shalih bin Abdillah Alu Humaid
TAHUN LAHIR: Tahun 1369 H
TEMPAT LAHIR: Buraidah Arab Saudi
PENDIDIKAN: Mendapat gelar doktor PHD dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh tahun 1402 H.
PEKERJAAN TERKINI: Ketua Majelis Syura dan anggota Haiah Kibarul Ulama.
Beliau dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada 1 Muharram 1404 H.
Beliau mengimami sekali dalam sebulan iaitu untuk solat Subuh..Sebahagian besar waktu digunakan beliau untuk urusan Majlis Syura..Beliau datang sekali sebulan untuk khutbah Jumaat..
4. Syeikh DR.Shalih bin Muhammad Alu Thalib
Syeikh DR.Shalih bin Muhammad Alu Thalib
NAMA: Shalih bin Muhammad Alu Thalib
TAHUN LAHIR: Tahun 1393 H
TEMPAT LAHIR:Riyadh Arab Saudi
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram bermula tahun 1423 H.
Qadhi di Mahkamah Tinggi Makkah
5. Syaikh DR.Usamah bin ‘Abdillah Khayyath
Syaikh DR.Usamah bin ‘Abdillah Khayyath
NAMA: Usamah bin ‘Abdillah Khayyath
TAHUN LAHIR: Tahun 1375 H
TEMPAT LAHIR: Makkah al-Mukarramah.
PENDIDIKAN: Berjaya mendapat ijazah sanad kutubus sittah dan sanad dari kitab-kitab hadis yang lain.Merupakan lulusan dari fakulti al-Quran dan Sunnah.
PEKERJAAN TERKINI:
• Tenaga pengajar di masjidil Haram
• Mantan Anggota Majlis Syuro
• Pensyarah di fakulti Syariah Jami’ah Ummul Quro.
Dilantik sebagai imam Masjidil Haram pada tahun 1418 H.
6. Syeikh Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili
Syaikh Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili
NAMA: Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili
TEMPAT LAHIR: al-Madinah al-Munawwarah.
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram bermula tahun 1428 H
7. Syeikh Abdullah bin ‘Awad al-Juhani
sheikh-abdullah-awad-al-juhani
NAMA: Abdullah bin ‘Awad al-Juhani
TAHUN LAHIR: 1396 H
TEMPAT LAHIR: al-Madinah al-Munawwarah
PENDIDIKAN: Lulusan Fakulti al-Quranul Karim di Jami’ah Islamiyah.
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram
8. Syaikh DR.Khalid al-Ghamidi
syiekh al ghomidi
NAMA: Khalid al-Ghamidi
TAHUN LAHIR: Tahun 1388 H
TEMPAT LAHIR: Makkah
PENDIDIKAN: Memperolehi MA dan PHD dalam bidang tafsir di Jami’ah Ummul Qura’
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram dari tahun 1428 H
9.Syeikh DR.Faishal Ghazawi
Syaikh DR. Faishal Ghazawi
NAMA: Faishal Ghazawi
TAHUN LAHIR: Tahun 1388 H
TEMPAT LAHIR: Makkah
PENDIDIKAN: Memperolehi MA dan PHD di Jami’ah Ummul Qura’
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram dari tahun 1428 H.
10. Syeikh Muhammad bin ‘Abdillah as-Subayyil
الـشـــيخ مـحــمـد عـبـدالـلـه الـســـبـيـّـل
NAMA: Muhammad bin ‘Abdillah as-Subayyil
TAHUN LAHIR: Tahun 1345 H
TEMPAT LAHIR: Qashim
PEKERJAAN TERKINI: Anggota Kibarul Ulama dan anggota al-Majma’ al-Fiqhi


No comments:

Post a Comment