Thursday 22 August 2013

Dr Ali Jum'ah hendak dibunuh?


PERANCANGN SISSI PALING JIJIK DIKESAN
(Dr Ali Jum’ah antara yg dicadang bunuh)

Telah banyak kemusnahan ditaja oleh tentera dan polis Mesir dengan tujuan untuk memburu-burukkan jamaah Ikhwanul Muslimin. Kaedah yg sama turut digunakan di Thailand, Filipina, Iraq, Afghanistan, Syria dan lain2. Mereka membakar gereja, sekolah, pejabat kerajaan, balai polis dan sebagainya supaya rakyat menyangka ia dilakukan oleh pengikut Ikhwan. Bahkan beberapa kali mereka mengorbankan puluhan org di kalangan rakan mereka sendiri dlm drama serangan ke atas tentera lalu mereka menuding jari ke arah gerakan Islam. 

Sedangkan masjid mereka berani bakar, orang yang sedang solat Subuh sanggup mereka tembak, apalah sangat nilai nyawa tentera yg dijadikan umpan untuk menuduh dan membuktikan bahawa Ikhwan adalah pertubuhan pengganas. 

Terkini, sumber dari Kementerian Pertahanan mendedahkan senarai tokoh-tokoh yg akan dibunuh bagi meningkatkan kebencian masyarakat kepada Ikhwan. Mereka yang akan dimangsakan ini terdiri dari ahli politik, tokoh agama Islam dan Kristian. Ahli politik yang bakal dibunuh ialah dari parti sekular yang menentang kerajaan Mursi, namun bintang mereka sudah kurang cemerlang. Tokoh agama pula dipilih dari kalangan yang sangat dihormati, tetapi agak cenderung kepada kudeta.

Amat mengejutkan! Tokoh agama yang dicadang untuk dibunuh ialah mufti Dr Ali Jum’ah. Di samping itu 12 org pegawai polis dan tentera serta seorang paderi turut dinamakan sebagai bakal sasaran peluru as Sisi. 

Di sudut yang lain pula, segala tindakan jahat itu akan dijadikan bahan pertuduhan ke atas tokoh-tokoh pejuang khasnya Mursyidul-am Dr Muhd Badi’, Dr Muhd Baltaji, Syeikh Safwat Hijazi, Engineer ‘Asim Abdul Majid (Jamaah Islamiyah) dan beberapa tokoh Hamas.

Walau bagaimanapun diharapkan perancangan ini tidak berjaya. Kumpulan As-Sisi sendiri kini sedang berhadapan dengan krisis dengan kumpulan Subhi Sidqi. Ini kerana Subhi tidak bersetuju dengan pendekatan ganas yang diperkenalkan oleh As-Sisi.

ومكروا ومكر الله......... والله خير الماكرين

No comments:

Post a Comment