Wednesday 21 August 2013

EL-BARADA'IE AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN PECAH AMANAH

EL-BARADA'IE AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN PECAH AMANAH

Bekas Naib Presiden kerajaan sementara Mesir, Dr. El-Barada'ie bakal di dakwa di mahkamah pada 19 September ini atas tindakan meletak jawatan sebagai Naib Presiden baru-baru ini. Beliau akan di dakwa atas tuduhan pecah amanah atas tindakannya itu.

Beberapa hari lepas, El-Barada'ie meletakkan jawatan selepas tidak bersetuju dengan tindakan tentera dan polis yang menyuraikan himpunan di Medan Rabaah dan Nahdah 14 Ogos lepas sehingga mengorbankan ribuan nyawa rakyat Mesir. Beliau dikatakan telah berlepas ke Qatar sejurus selepas perletakan jawatannya itu.

Sumber : Al-Masry Al-Youm.
#prihatinmesir

Admin: Banyak sandiwara betul mereka ni. Yang lebih patut di dakwa As-Sisi, kerana telah khianat kepada pilihan majoriti rakyat dan juga khianat kepada bosnya. Malah lebih teruk membunuh rakyat, membakar masjid dan mencederakan orang awam.

Teruskan berdoa agar dikalangan mereka sendiri berbalah dan berpecah. Allahumma farriq jam'ahum!! Ya Allah pecah belahkanlah kesatuan mereka.

No comments:

Post a Comment