Wednesday 21 August 2013

Dr. Badie Musyridul am Ikhwan

Hajah Zainab Al Ghazali menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama Muhammad Abdul Majid Badie, semasa pada awal 20-an dari umurnya, Hajah berkata ,semasa pegawai-pegawai zalim membawa beliau (Dr Badie) datang ke muka pintu sel penjaranya dan mereka mengarahkannya untuk mencaci Hajah Zainab Al ghazali, sejurus itu beliau berkata : Mustahil untuk aku mencaci seseorang yang telah mengajar, mengahafalkan aku kitab Al Quran.

Lantas para pegawai yang zalim menyebatnya hampir seribu sebatan dan beliau tetap teguh dan sabar. Hajah Zainab sangat mengharap beliau akan mencacinya supaya mereka berhenti memukulnya tetapi beliau tidak berbuat demikian!

-----------------------------------

Dr Badie yang kamu (pro As Sisi) gembira dengan penahanannya ini telah menjadi penyokong sejak beliau berumur 21 tahun, dalam lingkungan umur sebaya kita sekarang (penulis) di zaman Abdunnaser, bermakna penyeksaan dan pembunuhan di dalam penjara dilakukan tanpa dibicarakan.

Sahabat-sahabat Dr Badie yang sezaman dengannya, kebanyakan mereka telah pun syahid di dalam penjara Abdunnaser.
sebahagian mereka telah meninggal dunia di depan matanya hasil dari keterlaluan kezaliman dan penyeksaan.

Mereka katakan bahawa beliau telah menjual (rasuah), andai benar -benar beliau hendak menjual, beliau tidak perlu tunggu kamu menyuruhnya untuk berbuat demikian.

Apa sahaja pemikiran beliau yang mungkin bercanggah atau tidak bersefahaman dengan anda, beliau tetap masih berpegang teguh terhadap pendiriannya itu sehingga ke hari ini dan dengan izin Allah sehingga beliau meninggal dunia.

Sekarang orang-orang yang 'mengasihankan' ini gembira dengan penahanannya..
hahaha..
sangat mengasihankan..
Demi Allah aku mengasihani kamu semua.

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم

No comments:

Post a Comment