Monday 13 May 2013

Aeril Zafril belajar mengaji di Holywood

Seorang artis naungan MIG, Aeril Zafril resign dari MIG beralasankan untuk pergi belajar agama..Rasa macam gembira je kan? Seorang lagi artis nak mendalami agama...bagi faham agama Islam  yang dianutinya. Takut salah faham macam Norman Kru pula yang pernah bagi statement dia beragama Islam bukan beragama PAS. 

Rupanya itu hanya alasan yang diberikan kepada bosnya Mejar David Teo. Kena tipu bulat-bulat da...

Tup tap..tiba-tiba Aeril Zafril pergi berlakon dalam produksi Holywood..mana tak bengang David Teo. 

Kata David Teo dalam Mstar Online : 

Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif. Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan. Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini.


No comments:

Post a Comment