Sunday 26 May 2013

KETUA PENERANGAN PKR PAHANG JAWAB KP PEMUDA PAS PAHANG


JANGANLAH SALAH FAHAM DENGAN TINDAKAN YB SHAMSUL ISKANDAR.

Saya sebenarnya tak berhajat utk mengulas 'surat terbuka' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang berkaitan 'serangan' (teguran) YBShamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR Pusat terhadap YB TGHA, Presiden PAS baru-baru ini.

Sekadar penjelasan, saya berkesempatan utk hadir ke Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya pada 24-25 Mei baru-baru ini dan saya sedikit sebanyak dapat memahami apa sebenarnya PUNCA atau maksud sebenar beliau menegur YB TGHA.

Apa yang saya fahami, ianya adalah MANIFESTASI kepada kemarahan ANAK MUDA terhadap tuduhan melampau (tanpa bukti sahih) bahawa ada antara mereka yang dituduh PENGEDAR PIL KUDA dan ada yang dituduh berfahaman KOMUNIS, tatkala nama mereka dicalonkan oleh Pimpinan PKR Pusat dalam PRU-13 baru-baru ini.

Justeru, untuk meletakkan calon PAS di kawasan yg diberikan kepada PKR, adalah tidak wajar dinafikan hak mereka dengan TUDUHAN BERAT seumpama itu! Maksudnya, matlamat utk letakkan calon PAS tidak mewajarkan kita MENUDUH calon2 PKR dgn tuduhan2 berat begitu...atau ringkasnya MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!!

JUSTIFIKASI (dianggap sbg TUDUHAN) yang dikemuka oleh YB TGHA di dalam ceramah politik (BUKAN MEJA RUNDINGAN) telah dimanipulasi oleh MEDIA MASSA beberapa hari menjelang penamaan calon, turut menyumbang kepada kemarahan mereka yang berkenaan.

Kebetulan pula saya cukup mengenali CALON PKR (yang dituduh Pengedar Pil Kuda) yang tinggal di Kampung saya di Dungun, Terengganu...menambahkan lagi keyakinan saya bahawa apa yang diperkatakan (dituduh) adalah agak MELAMPAU dan tak wajar ia diulas atau diceramahkan di atas pentas politik sewaktu tempoh berkempen, apatah lagi ia diucapkan oleh seorang Presiden Parti Rakan Pakatan yg amat disegani.

Adalah menjadi harapan saya, dengan penjelasan ringkas ini, pihak DPP PAS Pahang tidak perlulah memanjangkan lagi isu tersebut...REDHO sajalah apa yang telah berlaku dan anggaplah ia masalah dalaman parti, yang boleh diselesaikan di meja rundingan PEMUDA PR Pusat atau Majlis PR Pusat dalam masa yang terdekat...Insyaallah!

Wassalam.

- RAZALI BIN ALIAS
KETUA PENERANGAN PKR NEGERI PAHANG
Tarikh: 26/5/2013

No comments:

Post a Comment