Thursday 16 May 2013

Presiden Mursi turun bersama Petani



Dada-dada akhbar Mesir hari ini menjadikan kunjungan Presiden Mursi ke ladang gandum di Kampung Borg El-Arab dalam wilayah Iskandariah kelmarin sebagai berita utama mereka. Beliau turun bersama-sama petani dalam wilayah tersebut pada "Hari Menuai" sebagai simbolik bermulanya proses menuai tanaman gandum yang bakal menjana ekonomi negara tersebut selepas merudum dirompak tangan Mubarak sebelum ini. 

Mursi dalam ucapannya menjangkakan hasil tuaian gandum akhir hujung minggu ini akan mencecah sebanyak 2 juta tan peningkatan hasil berpuluh kali ganda berbanding pengeluaran tahun lalu. 

Tanpa mempedulikan kata nista yang dilemparkan oleh kumpulan pembangkang yang berterusan mencemuh kepimpinannya, Mursi berkata, selepas gandum, kerajaannya akan memberikan perhatian bagi meningkatkan hasil padi dan jagung. 

No comments:

Post a Comment