Friday 24 May 2013

Mahkamah bebas Tamrin, Tian Cua dan Haris


Sumber : harakahdaily

KUALA LUMPUR: Majistret hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mereman tiga aktivis iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar.

Sehubungan itu ketiga-tiga mereka yang ditahan oleh polis sejak semalam di balai polis Jinjang akan dibebaskan. 

Mereka semalam ditahan di tiga tempat berasingan dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina, pada 13 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment