Thursday 23 May 2013

Hattan akan berkahwin semula dengan bekas isteri


Artis Hattan bercadang  untuk mengahwini bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin pada 15 Ramadhan ini. Rasanya yang paling gembira ialah anak-anak mereka..
hattan
Hattan dan Arianie telah bercerai pada 17 Disember 1996 dengan talak satu. Selepas penceraian, Arianie tidak pernah berkahwin semula. Kata Hattan kepada Kosmo:-
Saya rancang ingin menikahi dia (Arianie) pada 15 Ramadan ini. Tetapi saya ada juga terfikir untuk melangsungkan perkahwinan pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos. Saya lebih suka kami berkahwin pada 15 Ramadan sebab mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Lagipun lebih elok jika kami berkahwin pada bulan Ramadan. Majlis sederhana sahaja. Tiada hantaran pun. Tetapi mungkin ada majlis makan-makan. Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie).

No comments:

Post a Comment