Sunday 12 May 2013

LISDAWATI sudah bertudung..tetapi!!


Alhamdulillah, Lisdawati sudah mengenakan hijab..Cuma ada perkara yang kita  kureng bersetuju..

kata Lisda :
Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

Lisda kena banyak belajar lagi..siapa-siapa yang ada ruang boleh bagi nasihat ke Lisda sangat dialukan..

No comments:

Post a Comment