Friday 17 May 2013

Eja telah bertudung

Eja kini telah bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Semoga ramai lagi artis yang lain mengikut jejak langkahnya. SemabangSaja mendoakan agar Eja akan dilimpahi rezeki dan kekal dengan imej muslimah ini.
 
Kata Eja kepada MediaHiburan:-
Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi.
Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini.

No comments:

Post a Comment