Sunday 19 May 2013

Filem Karipap-Karipap Cinta hina Graduan Al-Azhar

Novel Karipap-Karipap cinta yang dikaryakan oleh Nazri M Annuar pada tahun 2010. Sebuah karya yang menceritakan Seorang Pemuda (Ali) yang minat dengan seorang perempuan (Sarah). Sarah merupakan graduan lepasan Al-Azhar.
Boleh cari novel keluaran PTS  ini di pasaran. 

Antara sinopsis novel ini :
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).

Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.

Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.

Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

Daripada novel diadaptasikan kepada filem. Filem arahan Othman Hafsham yang mula ditayangkan pada 31 Ogos 2011 membariskan pelakon-pelakon seperti Gambit dan Eman Manan. Cuma persoalan yang ingin sembangsaja sebut di sini ialah..
filem ini adaptasi dari novel..tapi wataknya sangat bermasalah. 
Ada ke Sarah yang merupakan graduan lepasan Al-Azhar Mesir, pakai tudung nampak rambut macam Rosmah Mansur. Orang awam pun tahu pakaian ustazah macam mana.. Cuma Pengarah filem ni yang bodoh, takde sensitiviti langsung..kalau tak tudung labuh pun, tudung bawal ke, tudung diana amir ke..tahan juga. Ini tudung macam Rosmah Mansur..tahulah nak mengampu geng tudung nampak jambul nie..agak-agak la..

Secara tak langsung..Filem ini menghina :
- Islam itu sendiri.
- Lepasan Al-Azhar, Mesir
- Ustaz & Ustazah


Kulit Asal Novel..Tudung molek je..

Yg filem punye..ada ke Ustazah Mesir pakai selendang nampak rambut..

Harapnya perkara macam ni tak berulang lagi..semua pihak kena main peranan dan ada sensitiviti sikit..jangan main redah je..

1 comment:

  1. setuju sgt. buat malu agama ja. watak sarah tu graduan trbaik al azhar. imej lngsung tak sesuai

    ReplyDelete