Sunday 19 May 2013

HIDAYAH DARI ALLAH BUAT CALVIN THOO




Alhamdulillah, hidayah dari Allah..
Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo  telah memeluk agam Islam. Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Antara puncanya ialah beliau telah bermimpi mengucapkan syahadah.
 
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.

Semoga.. ALLAH mengurniakan rahmat buatnya..




No comments:

Post a Comment